Tuesday, June 11, 2013

Asthma dan Shaklee

Hallo, hallo, good morning Malaysia!!! Ya, promosi Meal shake masih berjalan. Ni saye nak kongsikan percubaan saye meng-edit gamba guna free photo editor ye...





Yeehaaaa! Nampak macam magical tak? Hahaha... korang tak nampak tapi Harry Potter ada kat sebelah tu tengah conjure a spell. Hahaha (ngarut sudah)

Anyway, saye memang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat these two products. Kepada yang masih belum maklum, saye ni penghidap asthma sejak kecik. Not too severe tapi sekali sekala kena tu, agak tension la kan? Ohh.. baru teringat yang saye memang tak penah cite pun pasal sejarah asthma saye ni. Takpe.. lain kali saye cite. Buat masa ni, cukup la kalau saye katakan yang saye penghidap asthma :(

Buah hati saye si Encik Suami tu pun asthma jugak (dia lebih mild tapi sebab payah amek ubat, merokok pulak tu, wheezing dia adakalanya lebih teruk daripada saye). Maka, bila beranak-pinak, macam dah boleh bajet la yang anak-anak akan mewarisi kesemputan kami ni kann? Ternyata, simptom-simptom tu memang ada. 2/4 anak saye menunjukkan tanda-tanda exzema (salah satu penyakit berkaitan alahan/asthma). Alhamdulillah sangat-sangat mild sebab cuma muncul di bahagian pelipat, itu pun bila cuaca panas. Bab batuk pulak, rasanya anak sulung saye je yang terlepas. Adik-adik yang 3 orang tu, kalau batuk selalunya lebih teruk kahak dan bunyinya. Nak baik pun ambil masa yang jauh lebih panjang. Alia (anak #2) masa kecik-kecik dulu, pernah batuk sampai sebulan tak baik-baik!! Sekarang, tinggal Arifah (5 tahun) dan Alif (2 tahun) yang masih prone untuk batuk teruk. Lagi-lagi sebab dok nurseri, kejap-kejap batuk, sat-sat selsema.. lambat pulak baiknya sebab berjangkit-jangkit (re-infection).

Saye mula berikan anak-anak Shaklee Meal Shake pada bulan April 2012 kalau tak silap. Suku sudu teh untuk Alif dan satu sudu teh sehari dalam susu Arifah. Mahal ke RM 113 untuk anak-anak? Tak mahal sebab untuk kesihatan anak. Lagipun dengan penggunaan sudu kecik KFC tu, memang tahan berbulan-bulan la pelaburan ku itu. Tambah best sebab  bukan si kecik berdua je yang consume... kakak², ibu & bapak pun tumpang sekali! Hasil paling ketara yang saya nampak, Alif dah jarang demam dan selsema. Bila selsema pulak, dah takde hingus kuning meleleh-leleh macam dulu. Arifah lebih cemerlang sebab memang jarang amat demam. Bila kakaknya demam seminggu (Alia tak berapa suka layan suplemen), Arifah demam satu malam sahaja. Memang wonderful dan fabulous lah! *Mak suka sebab boleh tidur dengan aman.. hehehehe*

Bila saye dapat tahu Omega membantu menguatkan peparu, saye tambah pulak Omega dalam diet mereka. Omega ni RM 136 sebotol 90 biji. Untuk bebudak ni, saye pecah dan picitkan kapsul ke dalam susu mereka 1-2 kali seminggu. Alhamdulillah juga, tidak la jenuh amek nebulizer setiap kali batuk/demam macam dulu. Jadi, memang betul la kombinasi Meal Shake + Omega ni membantu melegakan asthma. Nak kata memulihkan, saye bukan doktor nak claim cenggitu. Tapi alhamdulillah la, setakat ni memang berkesan untuk saye anak-beranak dan kekawan yang lain. Ni salah satu testimonial buat tatapan tetuan dan pepuan sekalian:


Oopss... panjang pulak dah nukilan pagi ni. Dah lama tak menulis, cenggini la hasilnya. Tapi seriusla... saye memang puas hati sangat dengan hasil setelah pengambilan Shaklee ni. Kalau tidak, takkan la saye join jadi ahli, kannn? Dan pastinya saye takkan sukarela share kebaikan yang dah dinikmati dengan u all. Benda baik, tak elok simpan sorang-sorang, kann? Nanti lain kali saye share pengalaman saye amek suplemen yang lain pulak, OK? *mode - baru 3 hari amek Vivix*

Untuk info & belian, jangan malu, jangan segan, roger-roger Madam Supplement tau?!

idanina idris (ID 883664)
idequenina@rocketmail.com
sms/whatsapp 019-364 9253

Sunday, June 9, 2013

NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE 8 JUN 2013

Okey.. baru hari ni sempat nak update blog. Alhamdulillah... Sabtu baru ni sempat menghadiri Shaklee National Conference. Selain daripada pelancaran produk baru CoQ10 Plus, sempat juga buat recognition untuk ahli2 Shaklee yang berjaya mengembangkan syarikat sepanjang cycle 2012/2013. Ada juga percubaan ambil gambar kat dalam dewan tu. Tapi disebabkan pencahayaan yang kurang memberangsangkan, ditambah pulak dengan tuan punya badan tak pandai nak adjust setting camera fon ni, maka tak ada la gamba dalam dewan yang boleh dikongsikan. Walau bagaimanapun, sempat juga la bergambar dengan idola2 kat luar dewan.

Dari kanan : Saye, Mazlifah, Mama Cery dan insan tak dikenali :)
 Okey.. Mama Cery ni boleh dikatakan sebagai pelopor bagi bisnes Shaklee melalui internet. Humble sangat orangnya. Dia juga la pencetus bagi gerakan grup Jutawan. Under her tutelage and leadership, dah ada at least 10 orang Master Coordinator. Sebagai cicit, of course saye pun akan usaha untuk jadi seangkatan dengannnya :)

By the way, satu kisah yang saye nak share tentang hari kejadian ni... Saye dan mummy Mazlifah Mohtar dah rancang nak balik awal.. almaklumla, anak2 kat rumah dah memanggil2. Sebelum balik tu la yang kami nak posing2 depan poster mentor. Nak dijadikan cerita, tengah kitorang gerak nak ke poster Mama Cery ni, dan-dan  tu jugak Mama Cery muncul dari dalam dewan. Macam berjanji2 pulak! Orang kata, ada jodoh! Hahahaha... suka suka suka!!

Mazlifah and Me, bersama Iffah Anuar & Papa Dosh. Btw, baju saye tu nampak sungguh tak flattering dari sudut ni :(
Yang ni pulak gambar bersama poster my Nanny in biz. She's 8 years my junior in school tapi dah jauh ke depan dalam kerjaya/idup. I'm so proud and envious at the same time! Hmm.. yang ni memang tak sempat bergambar in person. Sempat jumpa pun kejap sangat sementara dia tengah beratur nak amek award. Tak sempat nak tengok Iffah naik pentas guna raiser!

Anyway, sangat gembira dan berbangga. Dengan adanya grup Jutawan dan susur galurnya, begitu ramai muslimah yang dah berjaya keluar dari comfort zone untuk mencapai kejayaan. Bebas daripada beban kewangan, dan bebas untuk tolong orang lain semahunya. Ohh... doakan saye juga berjaya seperti mereka please?

Kalau anda pun nak berjaya seperti mereka dan kami (insyaallah), jom join grup kami. Ada mentors yang sangat bertanggungjawab, kaedah mentoring online dan offline (sendiri pilih, nak join grup meeting atau dari rumah aje), NO HEAD HUNTING dan TAK PERLU MODAL BESAR. Dengan hanya RM75, anda dah boleh mula mengorak langkah dalam bisnes anda sendiri.

Macam biasa lah... untuk maklumat/tempahan, hubungi Madam Supplement
idanina idris (ID 883664)
idequenina@rocketmail.com
019-364 9253

Monday, June 3, 2013

PROMOSI JUN 2013

Mari, mari, mari!!! Kepada yang belum tahu, di sini saya umumkan bahawasanya promosi Shaklee bagi bulan Jun adalah Meal Shakes Buy 6 Free 1.


Hmm... Ramai la ibu-ibu di luar sana yang seronok dengan berita ni. Maunya tidak? Mealshake ni bukan saje lazat, tapi amat berkhasiat. Sangat sesuai untuk anak-anak yang kurang  selera makan, ada masalah eczema, kurang daya tahan penyakit (low immunity), sembelit.. macam-macam lagi la! Boleh jugak dijadikan sarapan lengkap (tapi ringkas dan mudah) untuk anak-anak sebelum ke sekolah. Bukan itu saje, khasiatnya bukan terhad untuk kanak-kanak; mak bapak budak pun boleh gunakan tanpa was-was!

Saya sendiri sentiasa pastikan mealshake tak pernah putus stok. Ipah yang melidi sebab memilih makan, walaupun tak naik debab, sangat jarang jatuh sakit. Kalau demam pun dah jarang dan tak berpanjangan.

Nak nak puasa dah dekat ni. Saya memang pastikan stok mealshake, performance drink dan ESP mencukupi untuk kami sekeluarga. Anak-anak pun suka sangat bersahur dengan kombinasi Mighty 3 Gem ni. Masa-masa darurat tu (ie. mak terlewat bangun/kejut untuk sahur), maintain steady kalau bersahur dengan set ni aje. Kalau nak tau sedikit pengalaman saya bersama set Mighty 3 Gem Shaklee ni, boleh baca di sini. By the way, blog Srikandi Baru tu dah tak diaktifkan. Kalau nak updated info on Shaklee, kekal setia bersama Madam Supplement ok?


Saturday, May 25, 2013

Day 2 : Festival Belia Putrajaya

amboi... panas sungguh cuaca. hari ni saye ajak assistants saye (anak2 dara saya la) datang ke booth di Auditorium Cempakasari, Presint 2 Putrajaya untuk sama-sama meniaga. Masalahnya, kami sume bangsa very shy.. jadi idakle happening sangat. Walau apapun, kami teruskan dengan usaha menepek flyer di kereta pengunjung festival. Kalau ada antara kalian yang bertuah menerima flyer saye tu, tahniah la ye.. dan welcome to my blog!


Thursday, May 16, 2013

Vitamin untuk ibu hamil

Hallo, hallo... lama tak bukak blog ni. Capaian internet terhad, kerja pun banyak. Makanya, kerja sampingan terabai la sikit.

Anyway, kebetulan baru-baru ni saye dihubungi rakan sekolah rendah saye. Dah laaaaamaaaa sangat tak dengar cerita. Takat intai-intai kat FB aje. She really was a great friend ('was' sebab dah lama tak keep in touch la kan.. I'm sure she still is a great friend).. kalau nak tau, saya namakan anak sulung saya Anis Izzati, pun sempena memperingati kawan saye ni.. dengan harapan anak saye pun sama hebat macam kawan saye ni. *senyum*

Ehh.. melalut pulak. Sebenarnya, cuma nak cakap yang kawan saye ni sedang hamil anak kedua dan minat nak mencuba supplements Shaklee. Saya sendiri belum pernah cuba semasa hamil tapi berdasarkan ulasan kekawan, memang amat memberangsangkanlah. Salah satu testimoni terkini, macam kat bawah ni:

Sila klik untuk besarkan ye... sebenarnya ada gambar baby sekali.. putih melepak, comey sesangat. Tapi, maaf... tak berjaya nak copy sekali sebab tak muat untuk screen capture kat telefon ni. Hihihihi... sengal-ness!

Nak tau apa set ibu hamil Shaklee? Untuk trimester pertama, amalkan Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix. Untuk trimester 2 & 3, tambahkan OmegaGuard untuk perkembangan optimum otak bayi.

Sedikit info kepentingan dan fungsi vitamin yang dinyatakan:

Vitalea – mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral, meningkatkan penyerapan asid folik di samping membantu pembentukan hemoglobin.
B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.
Vita C – Agen antioksidan dengan fungsi nutrien menyeluruh untuk kesihatan imun, gusi, otot dan pembuluh darah.
Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.
Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
 
Kat mana nak dapatkan? Senang aje...

Sunday, April 21, 2013

HARI-HARI TERAKHIR PROMOSI NUTRIFERON



Hari ni dah 22 haribulan April 2013... Hanya tinggal 8 hari untuk dapatkan Nutriferon pada harga super duper jimat. Beli 6 dapat free lagi 1. Dapat beli pada harga ahli, dapat free membership dan dapat bonus pada bulan depan! All in all, penjimatan sehingga RM 463!!!

Ada yang tanya, "Whoa... tak banyak sangat ke 6 paket tu?"
Saye jawab, "Berbaloi² deq non oiii... expiry Januari 2015. Selamat buat stok satu famili."

Kalau nak beli runcit sikit-sikit pun boleh.. bisa diatur  :)
Harga runcit RM 181.25, tak termasuk pos... harga promosi bulan April? Haaa... kena la contact saye kalau nak tau (clue.. harga jimat, pos pun free).

Friday, April 12, 2013

Shaklee - Halal & Selamat

Sehingga ke hari ini, saya masih mendengar pertanyaan dan persoalan berhubung status halal produk Shaklee. Almaklumlah... produk omputih.. takde logo halal jakim pulak tu kat botol produknya. Yang ikhlas bertanya tu memang ikhlas jugak la berkehendakkan jawapan yang memuaskan hati (dan tuntutan agama). Ada jugak segelintir tu saje nak buat havoc supaya terdetik was² di hati pengguna dan would-be-consumers. Well, niat masing² la kan.. gue takde hal punya :)

Anyway, di bawah ni saye sertakan sijil pengiktirafan halal bagi produk keluaran Shaklee daripada badan pengiktirafan halal di Amerika Syarikat iaitu Islamic Services of America (ISA).


Kalau diperhatikan dengan lebih teliti, produk² kesihatan Shaklee yang boleh didapati di Malaysia bumi tercinta ni turut tersenarai dalam sijil tu. Maknanya apa? Maknanya, kalau anda beli barangan Shaklee di Malaysia, anda boleh yakin bahawa produk tersebut adalah halal! Kalau masih sangsi dengan kredibiliti ISA, anda boleh layari sendiri website Jakim untuk senarai badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf.

Kenyataannya, ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Produk yang dipasarkan di Malaysia pula adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuklah yang menggunakan kapsul bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. Mana-mana produk Shaklee yang tidak halal tidak pula diedarkan di Malaysia (lain negara, lain produk yang dipasarkan/diedarkan).

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main ya, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menariknya balik pada bila² masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal juga mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. (saya dimaklumkan, status halal di Kanada & USA adalah antara yang paling sukar untuk dapat pelepasan). Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu bukan? :)

Kesimpulannya, sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.. Gunakan tanpa was-was!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi mereka di customerinquiry@shaklee.com.my .


Thursday, April 11, 2013

Malaysians overweight??

Saye menulis entri ini pada Disember 2012 asalnya. Tapi believe it or not, arini baru saye perasan yang entri ni masih belum di-publish. hihihi... *mode malu sendiri*

***************************

Hari ni Madam terbaca dalam paper STAR, Metrobiz. Antaranya berbunyi begini:

"Too much sitting around and abundance of high-calorie and rich foods put Malaysia sixth on the list of Asian countries with the highest rate of obesity, according to survey by World Health Organization in 2010."

"The Malaysian National Health and Morbidity Survey 2006 classified 43% of Malaysias as overweight and obese while 38% of children were overweight."

Waduh, waduh... terlebih sudah! Tapi kan, Madam memang setuju la dengan perkara ni. Minggu lepas masa Madam tengah beratur kat KFC, tengok kat kiri dan kanan, terdetik dalam hati kecik ni... ramai jugak orang Malaysia yang terlebih berat badan. Anak orang, mak orang, bapak orang... sama aje! Almaklumla.. zaman kita muda² dulu, aktiviti petang melibatkan panjat pokok, main rounders, berbasikal keliling taman dan macam² lagi yang membolehkan kita berpeluh dan bakar kalori. Zaman sekarang ni, aktiviti masa lapang cuma tengok tv/ipad/phone... ibu jari dan telunjuk je yang dapat senaman!

Makanya, kena pasang azam baru... pastikan ahli keluarga mendapat berat badan ideal menjelang Jun 2013 (hehehe.. kebetulan ada sepupu menikah time tu). Okla kan.. healthy weight loss bukanla turun mendadak. Personally, Madam tak terlalu berusaha untuk turunkan berat badan. Lebih penting nak kurangkan lemak berlebihan dan dapatkan balik shape yang lebih sesuai dengan berat badan. Apa yang Madam amalkan? Haa... ni dia:

Set slimming sendirian berhad

setakat ni alhamdulillah... berat dah turun 2 kg dari 58 ke 56 kg. BMI 21.6... ideal dah tu. Berdasarkan mesin penimbang Cosway yang kononnya boleh mengukur kandungan lemak/air/otot dalam badan pun, alhamdulillah.. dah masuk kategori sihat (tapi nak sihat lagi!). Nak taknak, kena jugak gigih buat physical exercise lepas ni. Hajat di hati nak beli dvd 10 minute trainer. Malangnya encik Amazon tak menghantar ke Malaysia pulak. Takpe.. tak dapat cara A, kita guna cara B! Saye update dalam dua bulan dari sekarang, ok? Ganbatte!!

****************

Sedikit info tentang produk dalam set slimming di atas:

DETOKS
HerbLax - membantu detoksifikasi. Bertindak melawaskan serta mengangkut lemak & toksin keluar dari tubuh.
Alfalfa - membantu detoksifikasi sambil membekalkan pelbagai khasiat lain. Tindakan lebih lembut berbanding HerbLax. (alternatif bila HerbLax out of stock)

MEMECAHKAN LEMAK
Lecithin - berfungsi memecahkan lemak tepu dalam badan sebelum diangkut keluar

PEMBINAAN OTOT
ESP - membekalkan protein yang merupakan bahan binaan asas sel. Membantu pembentukan sel dan otot yang sihat (pejal dan tak menggeleber) di samping memberikan tenaga dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.



Wednesday, April 3, 2013

Vitamin untuk kehamilan

Seronoknya nak dapat baby!! Seronok tengok mummy-mummy poko yang kekal sihat bertenaga sepanjang pregnancy. Ada yang semulajadi aktif tak reti dok diam.. ada jugak yang amek supplement semasa pregnant untuk increase health & energy. Iyela kan.. nama pun berbadan dua.. kena la pastikan nutrien yang diambil menepati keperluan dua insan terpilih ni (note: saye tulis 'nutrien' ye, bukan 'kuantiti makanan'! hehehe)

Personally, saye belum berkesempatan mencuba sendiri keberkesanan vitamin Shaklee semasa mengandung. Jadi, kat bawah ni saye sertakan testimoni kenalan saye yang amat puas hati dengan hasil yang diperolehinya:


Haa... best tak? Best tak??... Best kann? Bukan setakat badan sihat, baby pun happy. Tak cukup dengan tu, dengan setiap pembelian barangan Shaklee daripada saye, anda akan menerima rundingan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang optimum. ADA LAGI! Anda juga akan menerima jemputan ke kumpulan SGL, FB group eksklusif untuk pelanggan-pelanggan Shaklee kami. Di sini anda boleh bertanya & berbincang hal-hal kesihatan dan barangan Shaklee dengan 'rakan sebaya' anda.

Tuesday, April 2, 2013

Gila shopping!

Muahahaha... sungguh evil entry kali ini. Slalu saye dok suggest u'olls membeli (Shaklee) je kan? Untuk membuktikan blog ni bukan sekadar kedai obat semata², kali ni saye nak share cite tentang shopping spree (spree la sangatnye) saye baru-baru ni. U'oll pun tau baru-baru ni ada GP Sale, kan? Memandangkan kerja hakiki saye pun berkait rapat dengan promosi GP Sale ni, tak sah rasanye kalau saye tak terlibat secara langsung pulak, kannnnnnnnnn?

Ok.. ada beberapa benda yang saye dah beli secara online sepanjang suku pertama tahun 2013 ni. Pertama, set DVD 10-minute trainer & buku meal planning for dummies. Yang ni saye beli from amazon.com, tapi shipped by hopshopgo (sbb amazon tak ship DVD tu ke Malaysia). Beli bulan Februari aritu tapi hujung Mac baru sampai. Salah sendiri jugak sebab peram lama kat gudang hopshopgo tu. hehehehe...

Set 10 minute trainer minus resistance band. Buku Meal Planning for Dummies tiada dalam gambar
Anyway, saye belum sempat nak try workout yang terkandung dalamnya. Minggu lepas kalut menjaga anak yang dijangkiti HFMD. Ingat arini nak rasmikan DVD.. tapi kaki injured, terpele'ot kat mana ntah pulak. Tapi takpe... akan try out workout yang ringan² lunch time nanti, insyaallah.

Perkara kedua yang telah dibeli, adalah baju² dari zalora.com.my (sila jerit macam dalam iklan tu ye...). Kat bawah ni saye selitkan gambar baju yang dibeli dan perbandingan dengan gambar iklan.

Gambar model takde kepala, saye pun takde kepala jugak.. taknak kalah!
Kalau ada yang masih was², ya, saye yang sebelah kiri ye kawan².. belah kanan tu model berbayar. Blaus peplum dan dress maxi tiada dalam gambar sebab belum pakai. Komen saye tentang Zalora? Hmm.. servis bagus. Barang cepat sampai. Harga, boleh tahan (kebaya + kain dalam gambar di atas tak sampai $70 pun). Cuma, jangan expect warna baju sama cemerlang seperti dalam gambar iklan. Kalau nak jugak (warna cemerlang gitu) bersedialah untuk bawak lighting sendiri ke mana jua anda pergi. hehehe... Baju peplum saye tu tak berapa fit dengan tubuh anak-4 saye ni. Tapi nak dijadikan cerita, saye terlalu bijak membuang plastik bungkusan baju tu. Maka, tak dapekla saye nak return untuk dapatkan balik kredit duit saye. Oh well... mungkin lepas khatam DVD kat atas saye boleh pakai baju tu balik? (mode: harapan ku tinggi menggunung)

Perkara ketiga, saye dah beli baju budak melalui onlinebabywear.com.my. Yang ni saye belum terima barang lagi sebab baru semalam bayar. Hmm... mungkin petang karang dapat kot? Okay jugak site ni. Baju budak memang agak murah. Cuma saye sukalah mencadangkan supaya ditambahkan inventori meliputi pakaian kanak² (anak² saye pompuan) berumur 10-12 tahun. Payah benar nak cari online. Baju kat kedai lak mahal or cutting singkat/melekap je memanjang. Bosan betul! Opss.. jadi luahan perasaan pulak review ni.

Okay... saye dah membeli-belah. U'oll, takkan tengok aje? Cuba sharekan apa yang u'oll dah borong baru² ni dan mungkin boleh cadangkan sites menarik untuk saye lewati lepas² ni pulak :)

Sambil² tu, kalau nak borong Shaklee, bulan ni tengah promosi Nutriferon. Produk ngetop untuk sistem imuniti. Nak tau cara dapatkan harga lebih murah daripada harga ahli? Hehehe... contact saye ye?

Wednesday, March 20, 2013

Addicted to supplements??


Baru-baru ni, saye telah dikejutkan dengan satu komen daripada saudara saye. Tapi sebelum tu, biar saye kongsikan sikit background story-nye dulu… Dia ni dah agak berusia, dalam lingkungan 60-an. Saye ada perkenalkan dia kepada supplement optimum health Shaklee (Vitalea, B Complex & Vita C) awal tahun aritu. Alaa… saye just bekalkan dia dengan stok untuk sebulan, saje bagi cuba-cuba. Alhamdulillah, isterinya sendiri pun komen yg dia kelihatan lebih cergas, sihat & bertenaga sejak amalkan Shaklee ni. Masalahnya, dia ni jenis sceptical sikit.. Kalau within sebulan tak nampak hasil, dia akan terus stop sesuatu produk tu. Bila dah nampak kesan pulak, dia taknak teruskan sebab "takut ketagih" katanya (oh… yg hari-hari hisap rokok tu, tak takut pulak???).
Statement "takut ketagih" tu yang buat saye terkedu. Ye la… Saye ni memang la belum pandai sangat.. Public speaking pun tak berapa pass. Payah la nak meyakinkan orang lain pulak. Maka saye pun terfikir sendiri… Bagaimana caranya nak yakinkan pakcik tu (dan golongan yang sama waktu dengannya) terus amalkan supplemen untuk kebaikannya?  Setelah puas muhasabah diri (ewwahh!), saye senaraikan beberapa perkara yang saye rasa anda perlu tau sebagai pertimbangan untuk pengambilan supplemen, terutamanya supplemen Shaklee:

  1. Sesetengah supplemen (termasuk Shaklee) boleh mengakibatkan healing crisis.  Darjah kesannya terhadap pengguna berbeza mengikut kesesuaian dan tahap kesihatan tubuh pengguna. Jadi, jangan terlalu cepat menghukum sesuatu supplemen sebagai tidak baik. Mungkin supplemen tersebut memerlukan masa untuk serasi dengan tubuh anda.
  1. Pengambilan mana2 jenama supplemen digalakkan disertai dengan pengambilan air yang mencukupi (antara 2-3 liter air, mengikut jisim badan). Air tu kan bertindak sebagai pengangkut dalam badan. Tanpa air, makanan/supplemen tidak dapat dicerna, diedar dan diserap dengan baik oleh sel tubuh. Sia-sialah makan superfoods mahupun supplemen kalau tak dapat diserap secara efisyen!
  1. Anda rasa bertenaga dengan pengambilan supplemen tetapi kembali lesu setelah menghentikan pengambilannya? Jangan risau… Shaklee sentiasa berkesan dan selamat! Ia bukannya ubat ataupun dadah. Apa yg anda alami bukannya simptom ketagihan. Sebaliknya, kelesuan anda itu mungkin petanda anda mengalami kekurangan nutrien tertentu. Maka, logikla kelesuan tu hilang bila amalkan supplemen dan datang semula bila dah tak amalkan. Ibarat pokok dengan baja; dibaja dia subur, tak dibaja sendu la dia…
  2. Anda risau kesan sampingan 5 - 10 tahun akan datang? Well, jenama Shaklee telah bertapak lebih 50 tahun dahulu. Kajian pada 2007 juga menunjukkan pengamal supplemen Shaklee lebih sihat berbanding  mereka yang tidak mengamalkan supplemen mahupun pengguna supplemen jenama lain (kajian terhadap responden berusia 50-60++ tahun, dengan pengguna Shaklee telah mengamalkan supplemen sekurang-kurangnya selama 20 tahun)

Personally, pada saye tak wujud la istilah supplements menyebabkan ketagihan. Cuma, kita perlu berilmu dalam mengambil supplements. Cuba pastikan nutrien apa yang diperlukan dan pastikan tidak pulak terlebih-lebih sangat. Hal ini penting terutamanya bagi mereka yang sedia ada mempunyai masalah kesihatan/menjalani rawatan perubatan mahupun sesiapa saje yang mengamalkan kombinasi pelbagai supplemen. Paling penting, pastikan dulu keselamatan dan keberkesanan produk supplemen yang anda pilih sebab pemilihan jenama juga sangat berperanan dalam kesihatan kita (sebab itu saye sayang Shaklee!!).

Ok.. Kalau tak cukup dengan itu, kite bagi hujah bergambar pulak. Orang putih kata, a picture is worth a thousand words…

Ini gambar Mary dengan kembar seirasnya pada usia 4 tahun. 

Ini pula gambar mereka pada usia 69 tahun. Seorang daripadanya merupakan pengamal produk kesihatan Shaklee.. Boleh teka tak yang mana satu?
Kisah mereka:
Mereka merupakan kembar seiras. Mary Anderson dari Evansville, Indiana telah mengamalkan produk Shaklee selama lebih 20 tahun. Adik Mary memilih untuk menggunakan produk daripada syarikat2 lain. Walaupun dilahirkan dengan kod genetik yg sama, Mary lebih bertenaga, tampak lebih muda dan lebih sihat berbanding adik kembarnya yg tidak menggunakan Shaklee. Mary aktif dengan kegiatan gereja dan menjalankan kerja2 kebajikan. Dia juga merupakan Presiden Republican Women's Organization tempatan.

Ramai yg menyangka ibu kpd 4 orang anak dan nenek kpd 6 remaja ini lebih muda daripada 69 tahun! Suami Mary berusia 77 tahun dan turut menggunakan barangan Shaklee. "Tiada siapa yg dapat meneka umurnya juga!"

Menarik kan? Ini membuktikan penjagaan kesihatan yg baik serta mengambil berat tentang bahan2 yg kita benarkan masuk ke tubuh kita membawa kesan yg besar pada masa panjang. Betul, sama ada nak makan supplemen atau tidak, pilihan di tangan anda. Yang pasti, jangan sampai tua sebelum waktu! Ada orang cakap masa muda la nak kerja teruk2, dah pencen nanti nak concentrate beramal ibadat. Kalau umur panjang, alhamdulillah. But then, kalau umur panjang tapi kudrat dah takde, merana jugak kan? Jangan sampai terlambat.. Bertindaklah sekarang!! Anda boleh hubungi saye untuk mendapatkan produk kesihatan Shaklee.. TERBAEKK!

Monday, February 4, 2013

Azam tahun baru

wahahahaha... dah masuk bulan Februari tapi saye baru nak pasang azam! Sebenarnya, azam tu memang dah ada cuma tak bertulis aje. Tapi, orang cakap kalau kita tak tulis azam dan impian, selamanya jadi angan-angan lah. Maka, azam pertama untuk tahun ini adalah untuk WRITE DOWN MY AIMS AND DREAMS. Hehehe... maka secara tak langsung dengan terhasilnya entri ini, saye dah mulakan dengan azam pertama.. Yesss!

okay.. back to business... AZAM SAYE:
Kesihatan
  1. Tulis segala harapan dan impian (supaya lebih jelas dan mudah dicapai)
  2. Makan lebih sihat (ada meal plan, study lebih sikit)
  3. Jadikan senaman sebahagian gaya hidup (kena sesuai dengan keadaan yang berbadan dua la kan)
  4. LEBIHKAN MINUM AIR KOSONG (sambil type sambil capai botol air ni..)
  5. Nak gerakkan family supaya turut lebih sihat!
Business Shaklee
  1. Nak lebih konsisten dalam sharing, study & promoting (Shaklee memang best!)
  2. Nak naik rank & efektif menjelang Jun (oh.. so modest)
  3. Nak lebih yakin untuk 'beranak' dan bimbing anak untuk sama-sama maju
  4. Nak dapatkan dan maintain side income 4-angka, insyaallah
Kerohanian
  1. Nak konsisten sempurnakan yang wajib & pada awal waktu (oopss.. kantoi sudah!)
  2. Purposely tambah ilmu agama sekurang-kurangnya on weekly basis
  3. Nak labuhkan yang singkat dan longgarkan yang ketat (wardrobe baru?)
Okay.. rasanya cukup dulu kot dengan 12 perkara di atas. Saye pun bukan la ambitious sangat. Kita cuba dengan perkara-perkara yang mampu dicapai dulu insyaallah. Sehubungan itu, saye juga menjemput kengkawan mengingatkan saye seandainya saye terleka along the way (salah satu sebab saye disclose ni pun sebab study shows that when we share our dreams/aims, we have more tendency to actually work for it. Elemen segan dengan kengkawan memainkan peranan kot? hehehe).

Nak sambung lagi sikit.. tapi keputusan idea pulak. Lain kali la sambung ekk? Tata for now :)

Tuesday, January 29, 2013

What do you expect?

Waduuhh... kok sampai bersawang blog gue? Sorry la u'ols... MS memang tergelincir skit dalam sebulan ni. Serabut kepala otak sikit. Well, at least takde la stress sangat (sebab konsisten makan B Complex Shaklee?.. hehehe).

Okay.. kalau ada yang tertanya-tanya mengapakah MS agak menyepikan diri selama ini... Sebenarnya MS menerima perkhabaran yang amat mengezutkan. Memang terkejut beruk jugak la. Memula setakat rasa curiga aje.. bila dah curiga, mula la musykil.. bila dah tak tahan dok dalam kemusykilan baru la mencari kepastian. Dan terbukti, dua garisan kat UPT kit yang digunakan minggu lepas menggambarkan segala-galanya. Yes peeps, we're expecting baby #5!

Perasaan bercampur baur sekarang ni. Nak kata happy, happy la jugak sebab lepas ni boleh la tutup kedai (since kuota gomen dah cukup). Tapi nak kata 100% happy pun tak jugak sebab belum dalam perancangan masa terdekat (dan ada jugak family yang marah sebab 'ramai sangat' anak katanya).. Nak kata takut, memang takut la sebab finance belum cukup selesa lagi. Bukan tu je.. takut tak mampu nak penuhi segala keperluan anak2 yang sume pun masih dikategorikan kecik (tangan ada dua je.. ni pun diorang dok berebut siapa yang dapat tido sebelah mak!). Ditambah pulak dengan komitmen kerja yang bertimpa2 dalam sebulan ni. Dengan audit 5S yang nak dijalankan esok pulak... Grr... Me don't like.... memang serabut!! Makanya, bisnes jatuh tempat ke berapa entah, dan blog jatuh ke tempat selepas bisnes. Ni pun baru nak tampar pipi sendiri supaya bangun semula. Kalau tidur lama2 pun sembap muka!

Anyway, to report a few good things.. alhamdulillah, sempat balik penang weekend lepas (yippee!!). Balik menjenguk my parents in law yang jarang ditemui. Sempat jugak menghulurkan Advanced Joint Health Tablets yang terbaik dari Shaklee. Kebetulan ada promosi bulan ni, MS rembat siap-siap untuk buat stok. Sementara di penang, sempat jugak jalan-jalan cari makan. Sempat la merasa nasi kandar beratur & makan santai @ Puncak Mutiara Cafe. Yang lain-lain tu, next round pulak. Kecik lak hati orang tua kalau dok makan luar je kann?

Okay.. In case u'ols dah terlupa, ingin MS ingatkan bahawasanya MS merupakan independent distributor bagi barangan kesihatan & kecantikan Shaklee. Untuk sebarang maklumat dan tempahan, sila lah berhubung dengan MS melalui email (idequenina@rocketmail.com) mahupun SMS/Whatsapp 019-3649253. Tak rugi mencuba jenama Shaklee ni. Bukan sahaja harga yang berpatutan, tetapi juga keberkesanan yang amat-amat memuaskan hati. Kitorang dah cuba dan jatuh cinta. U'ols bila lagi?

Sehingga bertemu lagi, wassalam...