Wednesday, March 20, 2013

Addicted to supplements??


Baru-baru ni, saye telah dikejutkan dengan satu komen daripada saudara saye. Tapi sebelum tu, biar saye kongsikan sikit background story-nye dulu… Dia ni dah agak berusia, dalam lingkungan 60-an. Saye ada perkenalkan dia kepada supplement optimum health Shaklee (Vitalea, B Complex & Vita C) awal tahun aritu. Alaa… saye just bekalkan dia dengan stok untuk sebulan, saje bagi cuba-cuba. Alhamdulillah, isterinya sendiri pun komen yg dia kelihatan lebih cergas, sihat & bertenaga sejak amalkan Shaklee ni. Masalahnya, dia ni jenis sceptical sikit.. Kalau within sebulan tak nampak hasil, dia akan terus stop sesuatu produk tu. Bila dah nampak kesan pulak, dia taknak teruskan sebab "takut ketagih" katanya (oh… yg hari-hari hisap rokok tu, tak takut pulak???).
Statement "takut ketagih" tu yang buat saye terkedu. Ye la… Saye ni memang la belum pandai sangat.. Public speaking pun tak berapa pass. Payah la nak meyakinkan orang lain pulak. Maka saye pun terfikir sendiri… Bagaimana caranya nak yakinkan pakcik tu (dan golongan yang sama waktu dengannya) terus amalkan supplemen untuk kebaikannya?  Setelah puas muhasabah diri (ewwahh!), saye senaraikan beberapa perkara yang saye rasa anda perlu tau sebagai pertimbangan untuk pengambilan supplemen, terutamanya supplemen Shaklee:

  1. Sesetengah supplemen (termasuk Shaklee) boleh mengakibatkan healing crisis.  Darjah kesannya terhadap pengguna berbeza mengikut kesesuaian dan tahap kesihatan tubuh pengguna. Jadi, jangan terlalu cepat menghukum sesuatu supplemen sebagai tidak baik. Mungkin supplemen tersebut memerlukan masa untuk serasi dengan tubuh anda.
  1. Pengambilan mana2 jenama supplemen digalakkan disertai dengan pengambilan air yang mencukupi (antara 2-3 liter air, mengikut jisim badan). Air tu kan bertindak sebagai pengangkut dalam badan. Tanpa air, makanan/supplemen tidak dapat dicerna, diedar dan diserap dengan baik oleh sel tubuh. Sia-sialah makan superfoods mahupun supplemen kalau tak dapat diserap secara efisyen!
  1. Anda rasa bertenaga dengan pengambilan supplemen tetapi kembali lesu setelah menghentikan pengambilannya? Jangan risau… Shaklee sentiasa berkesan dan selamat! Ia bukannya ubat ataupun dadah. Apa yg anda alami bukannya simptom ketagihan. Sebaliknya, kelesuan anda itu mungkin petanda anda mengalami kekurangan nutrien tertentu. Maka, logikla kelesuan tu hilang bila amalkan supplemen dan datang semula bila dah tak amalkan. Ibarat pokok dengan baja; dibaja dia subur, tak dibaja sendu la dia…
  2. Anda risau kesan sampingan 5 - 10 tahun akan datang? Well, jenama Shaklee telah bertapak lebih 50 tahun dahulu. Kajian pada 2007 juga menunjukkan pengamal supplemen Shaklee lebih sihat berbanding  mereka yang tidak mengamalkan supplemen mahupun pengguna supplemen jenama lain (kajian terhadap responden berusia 50-60++ tahun, dengan pengguna Shaklee telah mengamalkan supplemen sekurang-kurangnya selama 20 tahun)

Personally, pada saye tak wujud la istilah supplements menyebabkan ketagihan. Cuma, kita perlu berilmu dalam mengambil supplements. Cuba pastikan nutrien apa yang diperlukan dan pastikan tidak pulak terlebih-lebih sangat. Hal ini penting terutamanya bagi mereka yang sedia ada mempunyai masalah kesihatan/menjalani rawatan perubatan mahupun sesiapa saje yang mengamalkan kombinasi pelbagai supplemen. Paling penting, pastikan dulu keselamatan dan keberkesanan produk supplemen yang anda pilih sebab pemilihan jenama juga sangat berperanan dalam kesihatan kita (sebab itu saye sayang Shaklee!!).

Ok.. Kalau tak cukup dengan itu, kite bagi hujah bergambar pulak. Orang putih kata, a picture is worth a thousand words…

Ini gambar Mary dengan kembar seirasnya pada usia 4 tahun. 

Ini pula gambar mereka pada usia 69 tahun. Seorang daripadanya merupakan pengamal produk kesihatan Shaklee.. Boleh teka tak yang mana satu?
Kisah mereka:
Mereka merupakan kembar seiras. Mary Anderson dari Evansville, Indiana telah mengamalkan produk Shaklee selama lebih 20 tahun. Adik Mary memilih untuk menggunakan produk daripada syarikat2 lain. Walaupun dilahirkan dengan kod genetik yg sama, Mary lebih bertenaga, tampak lebih muda dan lebih sihat berbanding adik kembarnya yg tidak menggunakan Shaklee. Mary aktif dengan kegiatan gereja dan menjalankan kerja2 kebajikan. Dia juga merupakan Presiden Republican Women's Organization tempatan.

Ramai yg menyangka ibu kpd 4 orang anak dan nenek kpd 6 remaja ini lebih muda daripada 69 tahun! Suami Mary berusia 77 tahun dan turut menggunakan barangan Shaklee. "Tiada siapa yg dapat meneka umurnya juga!"

Menarik kan? Ini membuktikan penjagaan kesihatan yg baik serta mengambil berat tentang bahan2 yg kita benarkan masuk ke tubuh kita membawa kesan yg besar pada masa panjang. Betul, sama ada nak makan supplemen atau tidak, pilihan di tangan anda. Yang pasti, jangan sampai tua sebelum waktu! Ada orang cakap masa muda la nak kerja teruk2, dah pencen nanti nak concentrate beramal ibadat. Kalau umur panjang, alhamdulillah. But then, kalau umur panjang tapi kudrat dah takde, merana jugak kan? Jangan sampai terlambat.. Bertindaklah sekarang!! Anda boleh hubungi saye untuk mendapatkan produk kesihatan Shaklee.. TERBAEKK!