Tuesday, January 29, 2013

What do you expect?

Waduuhh... kok sampai bersawang blog gue? Sorry la u'ols... MS memang tergelincir skit dalam sebulan ni. Serabut kepala otak sikit. Well, at least takde la stress sangat (sebab konsisten makan B Complex Shaklee?.. hehehe).

Okay.. kalau ada yang tertanya-tanya mengapakah MS agak menyepikan diri selama ini... Sebenarnya MS menerima perkhabaran yang amat mengezutkan. Memang terkejut beruk jugak la. Memula setakat rasa curiga aje.. bila dah curiga, mula la musykil.. bila dah tak tahan dok dalam kemusykilan baru la mencari kepastian. Dan terbukti, dua garisan kat UPT kit yang digunakan minggu lepas menggambarkan segala-galanya. Yes peeps, we're expecting baby #5!

Perasaan bercampur baur sekarang ni. Nak kata happy, happy la jugak sebab lepas ni boleh la tutup kedai (since kuota gomen dah cukup). Tapi nak kata 100% happy pun tak jugak sebab belum dalam perancangan masa terdekat (dan ada jugak family yang marah sebab 'ramai sangat' anak katanya).. Nak kata takut, memang takut la sebab finance belum cukup selesa lagi. Bukan tu je.. takut tak mampu nak penuhi segala keperluan anak2 yang sume pun masih dikategorikan kecik (tangan ada dua je.. ni pun diorang dok berebut siapa yang dapat tido sebelah mak!). Ditambah pulak dengan komitmen kerja yang bertimpa2 dalam sebulan ni. Dengan audit 5S yang nak dijalankan esok pulak... Grr... Me don't like.... memang serabut!! Makanya, bisnes jatuh tempat ke berapa entah, dan blog jatuh ke tempat selepas bisnes. Ni pun baru nak tampar pipi sendiri supaya bangun semula. Kalau tidur lama2 pun sembap muka!

Anyway, to report a few good things.. alhamdulillah, sempat balik penang weekend lepas (yippee!!). Balik menjenguk my parents in law yang jarang ditemui. Sempat jugak menghulurkan Advanced Joint Health Tablets yang terbaik dari Shaklee. Kebetulan ada promosi bulan ni, MS rembat siap-siap untuk buat stok. Sementara di penang, sempat jugak jalan-jalan cari makan. Sempat la merasa nasi kandar beratur & makan santai @ Puncak Mutiara Cafe. Yang lain-lain tu, next round pulak. Kecik lak hati orang tua kalau dok makan luar je kann?

Okay.. In case u'ols dah terlupa, ingin MS ingatkan bahawasanya MS merupakan independent distributor bagi barangan kesihatan & kecantikan Shaklee. Untuk sebarang maklumat dan tempahan, sila lah berhubung dengan MS melalui email (idequenina@rocketmail.com) mahupun SMS/Whatsapp 019-3649253. Tak rugi mencuba jenama Shaklee ni. Bukan sahaja harga yang berpatutan, tetapi juga keberkesanan yang amat-amat memuaskan hati. Kitorang dah cuba dan jatuh cinta. U'ols bila lagi?

Sehingga bertemu lagi, wassalam...