Sunday, April 21, 2013

HARI-HARI TERAKHIR PROMOSI NUTRIFERON



Hari ni dah 22 haribulan April 2013... Hanya tinggal 8 hari untuk dapatkan Nutriferon pada harga super duper jimat. Beli 6 dapat free lagi 1. Dapat beli pada harga ahli, dapat free membership dan dapat bonus pada bulan depan! All in all, penjimatan sehingga RM 463!!!

Ada yang tanya, "Whoa... tak banyak sangat ke 6 paket tu?"
Saye jawab, "Berbaloi² deq non oiii... expiry Januari 2015. Selamat buat stok satu famili."

Kalau nak beli runcit sikit-sikit pun boleh.. bisa diatur  :)
Harga runcit RM 181.25, tak termasuk pos... harga promosi bulan April? Haaa... kena la contact saye kalau nak tau (clue.. harga jimat, pos pun free).

Friday, April 12, 2013

Shaklee - Halal & Selamat

Sehingga ke hari ini, saya masih mendengar pertanyaan dan persoalan berhubung status halal produk Shaklee. Almaklumlah... produk omputih.. takde logo halal jakim pulak tu kat botol produknya. Yang ikhlas bertanya tu memang ikhlas jugak la berkehendakkan jawapan yang memuaskan hati (dan tuntutan agama). Ada jugak segelintir tu saje nak buat havoc supaya terdetik was² di hati pengguna dan would-be-consumers. Well, niat masing² la kan.. gue takde hal punya :)

Anyway, di bawah ni saye sertakan sijil pengiktirafan halal bagi produk keluaran Shaklee daripada badan pengiktirafan halal di Amerika Syarikat iaitu Islamic Services of America (ISA).


Kalau diperhatikan dengan lebih teliti, produk² kesihatan Shaklee yang boleh didapati di Malaysia bumi tercinta ni turut tersenarai dalam sijil tu. Maknanya apa? Maknanya, kalau anda beli barangan Shaklee di Malaysia, anda boleh yakin bahawa produk tersebut adalah halal! Kalau masih sangsi dengan kredibiliti ISA, anda boleh layari sendiri website Jakim untuk senarai badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf.

Kenyataannya, ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Produk yang dipasarkan di Malaysia pula adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuklah yang menggunakan kapsul bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. Mana-mana produk Shaklee yang tidak halal tidak pula diedarkan di Malaysia (lain negara, lain produk yang dipasarkan/diedarkan).

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main ya, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menariknya balik pada bila² masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal juga mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. (saya dimaklumkan, status halal di Kanada & USA adalah antara yang paling sukar untuk dapat pelepasan). Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu bukan? :)

Kesimpulannya, sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.. Gunakan tanpa was-was!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi mereka di customerinquiry@shaklee.com.my .


Thursday, April 11, 2013

Malaysians overweight??

Saye menulis entri ini pada Disember 2012 asalnya. Tapi believe it or not, arini baru saye perasan yang entri ni masih belum di-publish. hihihi... *mode malu sendiri*

***************************

Hari ni Madam terbaca dalam paper STAR, Metrobiz. Antaranya berbunyi begini:

"Too much sitting around and abundance of high-calorie and rich foods put Malaysia sixth on the list of Asian countries with the highest rate of obesity, according to survey by World Health Organization in 2010."

"The Malaysian National Health and Morbidity Survey 2006 classified 43% of Malaysias as overweight and obese while 38% of children were overweight."

Waduh, waduh... terlebih sudah! Tapi kan, Madam memang setuju la dengan perkara ni. Minggu lepas masa Madam tengah beratur kat KFC, tengok kat kiri dan kanan, terdetik dalam hati kecik ni... ramai jugak orang Malaysia yang terlebih berat badan. Anak orang, mak orang, bapak orang... sama aje! Almaklumla.. zaman kita muda² dulu, aktiviti petang melibatkan panjat pokok, main rounders, berbasikal keliling taman dan macam² lagi yang membolehkan kita berpeluh dan bakar kalori. Zaman sekarang ni, aktiviti masa lapang cuma tengok tv/ipad/phone... ibu jari dan telunjuk je yang dapat senaman!

Makanya, kena pasang azam baru... pastikan ahli keluarga mendapat berat badan ideal menjelang Jun 2013 (hehehe.. kebetulan ada sepupu menikah time tu). Okla kan.. healthy weight loss bukanla turun mendadak. Personally, Madam tak terlalu berusaha untuk turunkan berat badan. Lebih penting nak kurangkan lemak berlebihan dan dapatkan balik shape yang lebih sesuai dengan berat badan. Apa yang Madam amalkan? Haa... ni dia:

Set slimming sendirian berhad

setakat ni alhamdulillah... berat dah turun 2 kg dari 58 ke 56 kg. BMI 21.6... ideal dah tu. Berdasarkan mesin penimbang Cosway yang kononnya boleh mengukur kandungan lemak/air/otot dalam badan pun, alhamdulillah.. dah masuk kategori sihat (tapi nak sihat lagi!). Nak taknak, kena jugak gigih buat physical exercise lepas ni. Hajat di hati nak beli dvd 10 minute trainer. Malangnya encik Amazon tak menghantar ke Malaysia pulak. Takpe.. tak dapat cara A, kita guna cara B! Saye update dalam dua bulan dari sekarang, ok? Ganbatte!!

****************

Sedikit info tentang produk dalam set slimming di atas:

DETOKS
HerbLax - membantu detoksifikasi. Bertindak melawaskan serta mengangkut lemak & toksin keluar dari tubuh.
Alfalfa - membantu detoksifikasi sambil membekalkan pelbagai khasiat lain. Tindakan lebih lembut berbanding HerbLax. (alternatif bila HerbLax out of stock)

MEMECAHKAN LEMAK
Lecithin - berfungsi memecahkan lemak tepu dalam badan sebelum diangkut keluar

PEMBINAAN OTOT
ESP - membekalkan protein yang merupakan bahan binaan asas sel. Membantu pembentukan sel dan otot yang sihat (pejal dan tak menggeleber) di samping memberikan tenaga dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.



Wednesday, April 3, 2013

Vitamin untuk kehamilan

Seronoknya nak dapat baby!! Seronok tengok mummy-mummy poko yang kekal sihat bertenaga sepanjang pregnancy. Ada yang semulajadi aktif tak reti dok diam.. ada jugak yang amek supplement semasa pregnant untuk increase health & energy. Iyela kan.. nama pun berbadan dua.. kena la pastikan nutrien yang diambil menepati keperluan dua insan terpilih ni (note: saye tulis 'nutrien' ye, bukan 'kuantiti makanan'! hehehe)

Personally, saye belum berkesempatan mencuba sendiri keberkesanan vitamin Shaklee semasa mengandung. Jadi, kat bawah ni saye sertakan testimoni kenalan saye yang amat puas hati dengan hasil yang diperolehinya:


Haa... best tak? Best tak??... Best kann? Bukan setakat badan sihat, baby pun happy. Tak cukup dengan tu, dengan setiap pembelian barangan Shaklee daripada saye, anda akan menerima rundingan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang optimum. ADA LAGI! Anda juga akan menerima jemputan ke kumpulan SGL, FB group eksklusif untuk pelanggan-pelanggan Shaklee kami. Di sini anda boleh bertanya & berbincang hal-hal kesihatan dan barangan Shaklee dengan 'rakan sebaya' anda.

Tuesday, April 2, 2013

Gila shopping!

Muahahaha... sungguh evil entry kali ini. Slalu saye dok suggest u'olls membeli (Shaklee) je kan? Untuk membuktikan blog ni bukan sekadar kedai obat semata², kali ni saye nak share cite tentang shopping spree (spree la sangatnye) saye baru-baru ni. U'oll pun tau baru-baru ni ada GP Sale, kan? Memandangkan kerja hakiki saye pun berkait rapat dengan promosi GP Sale ni, tak sah rasanye kalau saye tak terlibat secara langsung pulak, kannnnnnnnnn?

Ok.. ada beberapa benda yang saye dah beli secara online sepanjang suku pertama tahun 2013 ni. Pertama, set DVD 10-minute trainer & buku meal planning for dummies. Yang ni saye beli from amazon.com, tapi shipped by hopshopgo (sbb amazon tak ship DVD tu ke Malaysia). Beli bulan Februari aritu tapi hujung Mac baru sampai. Salah sendiri jugak sebab peram lama kat gudang hopshopgo tu. hehehehe...

Set 10 minute trainer minus resistance band. Buku Meal Planning for Dummies tiada dalam gambar
Anyway, saye belum sempat nak try workout yang terkandung dalamnya. Minggu lepas kalut menjaga anak yang dijangkiti HFMD. Ingat arini nak rasmikan DVD.. tapi kaki injured, terpele'ot kat mana ntah pulak. Tapi takpe... akan try out workout yang ringan² lunch time nanti, insyaallah.

Perkara kedua yang telah dibeli, adalah baju² dari zalora.com.my (sila jerit macam dalam iklan tu ye...). Kat bawah ni saye selitkan gambar baju yang dibeli dan perbandingan dengan gambar iklan.

Gambar model takde kepala, saye pun takde kepala jugak.. taknak kalah!
Kalau ada yang masih was², ya, saye yang sebelah kiri ye kawan².. belah kanan tu model berbayar. Blaus peplum dan dress maxi tiada dalam gambar sebab belum pakai. Komen saye tentang Zalora? Hmm.. servis bagus. Barang cepat sampai. Harga, boleh tahan (kebaya + kain dalam gambar di atas tak sampai $70 pun). Cuma, jangan expect warna baju sama cemerlang seperti dalam gambar iklan. Kalau nak jugak (warna cemerlang gitu) bersedialah untuk bawak lighting sendiri ke mana jua anda pergi. hehehe... Baju peplum saye tu tak berapa fit dengan tubuh anak-4 saye ni. Tapi nak dijadikan cerita, saye terlalu bijak membuang plastik bungkusan baju tu. Maka, tak dapekla saye nak return untuk dapatkan balik kredit duit saye. Oh well... mungkin lepas khatam DVD kat atas saye boleh pakai baju tu balik? (mode: harapan ku tinggi menggunung)

Perkara ketiga, saye dah beli baju budak melalui onlinebabywear.com.my. Yang ni saye belum terima barang lagi sebab baru semalam bayar. Hmm... mungkin petang karang dapat kot? Okay jugak site ni. Baju budak memang agak murah. Cuma saye sukalah mencadangkan supaya ditambahkan inventori meliputi pakaian kanak² (anak² saye pompuan) berumur 10-12 tahun. Payah benar nak cari online. Baju kat kedai lak mahal or cutting singkat/melekap je memanjang. Bosan betul! Opss.. jadi luahan perasaan pulak review ni.

Okay... saye dah membeli-belah. U'oll, takkan tengok aje? Cuba sharekan apa yang u'oll dah borong baru² ni dan mungkin boleh cadangkan sites menarik untuk saye lewati lepas² ni pulak :)

Sambil² tu, kalau nak borong Shaklee, bulan ni tengah promosi Nutriferon. Produk ngetop untuk sistem imuniti. Nak tau cara dapatkan harga lebih murah daripada harga ahli? Hehehe... contact saye ye?