Ok.. ada beberapa benda yang saye dah beli secara online sepanjang suku pertama tahun 2013 ni. Pertama, set DVD 10-minute trainer & buku meal planning for dummies. Yang ni saye beli from amazon.com, tapi shipped by hopshopgo (sbb amazon tak ship DVD tu ke Malaysia). Beli bulan Februari aritu tapi hujung Mac baru sampai. Salah sendiri jugak sebab peram lama kat gudang hopshopgo tu. hehehehe...
Set 10 minute trainer minus resistance band. Buku Meal Planning for Dummies tiada dalam gambar |
Perkara kedua yang telah dibeli, adalah baju² dari zalora.com.my (sila jerit macam dalam iklan tu ye...). Kat bawah ni saye selitkan gambar baju yang dibeli dan perbandingan dengan gambar iklan.
Gambar model takde kepala, saye pun takde kepala jugak.. taknak kalah! |
Perkara ketiga, saye dah beli baju budak melalui onlinebabywear.com.my. Yang ni saye belum terima barang lagi sebab baru semalam bayar. Hmm... mungkin petang karang dapat kot? Okay jugak site ni. Baju budak memang agak murah. Cuma saye sukalah mencadangkan supaya ditambahkan inventori meliputi pakaian kanak² (anak² saye pompuan) berumur 10-12 tahun. Payah benar nak cari online. Baju kat kedai lak mahal or cutting singkat/melekap je memanjang. Bosan betul! Opss.. jadi luahan perasaan pulak review ni.
Okay... saye dah membeli-belah. U'oll, takkan tengok aje? Cuba sharekan apa yang u'oll dah borong baru² ni dan mungkin boleh cadangkan sites menarik untuk saye lewati lepas² ni pulak :)
Sambil² tu, kalau nak borong Shaklee, bulan ni tengah promosi Nutriferon. Produk ngetop untuk sistem imuniti. Nak tau cara dapatkan harga lebih murah daripada harga ahli? Hehehe... contact saye ye?
No comments:
Post a Comment