Thursday, April 11, 2013

Malaysians overweight??

Saye menulis entri ini pada Disember 2012 asalnya. Tapi believe it or not, arini baru saye perasan yang entri ni masih belum di-publish. hihihi... *mode malu sendiri*

***************************

Hari ni Madam terbaca dalam paper STAR, Metrobiz. Antaranya berbunyi begini:

"Too much sitting around and abundance of high-calorie and rich foods put Malaysia sixth on the list of Asian countries with the highest rate of obesity, according to survey by World Health Organization in 2010."

"The Malaysian National Health and Morbidity Survey 2006 classified 43% of Malaysias as overweight and obese while 38% of children were overweight."

Waduh, waduh... terlebih sudah! Tapi kan, Madam memang setuju la dengan perkara ni. Minggu lepas masa Madam tengah beratur kat KFC, tengok kat kiri dan kanan, terdetik dalam hati kecik ni... ramai jugak orang Malaysia yang terlebih berat badan. Anak orang, mak orang, bapak orang... sama aje! Almaklumla.. zaman kita muda² dulu, aktiviti petang melibatkan panjat pokok, main rounders, berbasikal keliling taman dan macam² lagi yang membolehkan kita berpeluh dan bakar kalori. Zaman sekarang ni, aktiviti masa lapang cuma tengok tv/ipad/phone... ibu jari dan telunjuk je yang dapat senaman!

Makanya, kena pasang azam baru... pastikan ahli keluarga mendapat berat badan ideal menjelang Jun 2013 (hehehe.. kebetulan ada sepupu menikah time tu). Okla kan.. healthy weight loss bukanla turun mendadak. Personally, Madam tak terlalu berusaha untuk turunkan berat badan. Lebih penting nak kurangkan lemak berlebihan dan dapatkan balik shape yang lebih sesuai dengan berat badan. Apa yang Madam amalkan? Haa... ni dia:

Set slimming sendirian berhad

setakat ni alhamdulillah... berat dah turun 2 kg dari 58 ke 56 kg. BMI 21.6... ideal dah tu. Berdasarkan mesin penimbang Cosway yang kononnya boleh mengukur kandungan lemak/air/otot dalam badan pun, alhamdulillah.. dah masuk kategori sihat (tapi nak sihat lagi!). Nak taknak, kena jugak gigih buat physical exercise lepas ni. Hajat di hati nak beli dvd 10 minute trainer. Malangnya encik Amazon tak menghantar ke Malaysia pulak. Takpe.. tak dapat cara A, kita guna cara B! Saye update dalam dua bulan dari sekarang, ok? Ganbatte!!

****************

Sedikit info tentang produk dalam set slimming di atas:

DETOKS
HerbLax - membantu detoksifikasi. Bertindak melawaskan serta mengangkut lemak & toksin keluar dari tubuh.
Alfalfa - membantu detoksifikasi sambil membekalkan pelbagai khasiat lain. Tindakan lebih lembut berbanding HerbLax. (alternatif bila HerbLax out of stock)

MEMECAHKAN LEMAK
Lecithin - berfungsi memecahkan lemak tepu dalam badan sebelum diangkut keluar

PEMBINAAN OTOT
ESP - membekalkan protein yang merupakan bahan binaan asas sel. Membantu pembentukan sel dan otot yang sihat (pejal dan tak menggeleber) di samping memberikan tenaga dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.



No comments:

Post a Comment