Friday, April 12, 2013

Shaklee - Halal & Selamat

Sehingga ke hari ini, saya masih mendengar pertanyaan dan persoalan berhubung status halal produk Shaklee. Almaklumlah... produk omputih.. takde logo halal jakim pulak tu kat botol produknya. Yang ikhlas bertanya tu memang ikhlas jugak la berkehendakkan jawapan yang memuaskan hati (dan tuntutan agama). Ada jugak segelintir tu saje nak buat havoc supaya terdetik was² di hati pengguna dan would-be-consumers. Well, niat masing² la kan.. gue takde hal punya :)

Anyway, di bawah ni saye sertakan sijil pengiktirafan halal bagi produk keluaran Shaklee daripada badan pengiktirafan halal di Amerika Syarikat iaitu Islamic Services of America (ISA).


Kalau diperhatikan dengan lebih teliti, produk² kesihatan Shaklee yang boleh didapati di Malaysia bumi tercinta ni turut tersenarai dalam sijil tu. Maknanya apa? Maknanya, kalau anda beli barangan Shaklee di Malaysia, anda boleh yakin bahawa produk tersebut adalah halal! Kalau masih sangsi dengan kredibiliti ISA, anda boleh layari sendiri website Jakim untuk senarai badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf.

Kenyataannya, ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Produk yang dipasarkan di Malaysia pula adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuklah yang menggunakan kapsul bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. Mana-mana produk Shaklee yang tidak halal tidak pula diedarkan di Malaysia (lain negara, lain produk yang dipasarkan/diedarkan).

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main ya, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menariknya balik pada bila² masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal juga mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. (saya dimaklumkan, status halal di Kanada & USA adalah antara yang paling sukar untuk dapat pelepasan). Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu bukan? :)

Kesimpulannya, sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.. Gunakan tanpa was-was!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi mereka di customerinquiry@shaklee.com.my .


No comments:

Post a Comment