Friday, April 17, 2015

Sehari Dalam Sejarah - Alfalfa


Hmm.. teringat lagi masa mula-mula makan alfalfa dulu... tahun 2013 rasanya. Umur dah pertengahan 3 Series, mula la sibuk nak try supplements. Baru nak perasan diri dah tua. Hihihi... Dalam banyak-banyak produk, alfalfa Shaklee yang pertama menarik minat saya. Tak tau la sebab apa.. mungkin dah jodoh.

Penangan alfalfa ni agak kuat jugak mula-mula tu. 'Panas' sikit agaknya, jadi tekak rasa kering la jugak. Badan pun rasa macam nak demam, siap pakej pening-pening lalat sekali. Agak terkejut dan cuak jugak masa tu. Terus saya kurangkan dos daripada 10 biji (sepertimana tertulis kat luar botol), jadi 2 biji je sehari. Lepas 2-3 hari kemudian, saya naikkan balik jadi 4 biji, seterusnya 6 ke 8 biji.

Antara kesan awal yang saya perasan, saya dah tak bersin-bersin di pagi hari. Kalau dulu masa duduk Blok B Kamsis Ungku Omar UKM, kawan yang kat Blok A pun boleh dengar, siap cam saya yang bersin (hahaha... ni betul-betul kejadian!). Alhamdulillah, sejak berShaklee ni, kurang pulak insiden bersin di pagi hari ni. Selain tu, ada jugak kesan-kesan yang masuk kategori 18 sx. Malas nak cerita balik tapi boleh la baca kat sini.

Setelah sekian lama kurang berShaklee (saya tak makan alfalfa sepanjang pregnancy tahun lalu), sekarang ni baru la mula balik. Niat untuk kesihatan dalaman, penggalak susu, detoks dan membantu kurangkan berat badan. Baru seminggu je pun konsistennya so tak tau la sempat tak nak kurus sebelum reunion bulan depan. Actually, bukan la niatnya nak kurus tu sebab reunion. Cuma reunion tu yang dijadikan sebab dan deadline untuk disasarkan. Kalau tidak, asyik bertangguh aje tak start²! Aim nak turun 5 kg je pun tapi selagi tak mula usaha, sampai bila pun tak berjaya, kan?

Kalau ada antara u'ols nak try alfalfa Shaklee ni, boleh la roger saya. Stok dalam tangan, ada la walaupun limited. Botol besar ada 700 biji, retail price RM 103.35. Kalau yang botol kecik 330 biji, RM 56.98. Postage... kira halal la. Pape hal boleh whatsapp 019-3649253 atau email idequenina@rocketmail.com

Tata titi tutu!


THROWBACK : Miscarriage - Part 3, THE END

Okay, habis dah cite yang scary-mary. Now ni dah masuk fasa pemulihan so relax la sikit.

**********************
Pagi esoknya, bangun awal. Rasa macam kat rumah mak mertua.. .segan kalau kantoi bangun lambat. Hahahaha! Bangun, mandi, tukar baju, siap touch-up ala kadar. Eyeliner dengan lip gloss tak tinggal okay! Hahaha... saje je. Perasaan macam orang sihat, so kena la nampak sihat jugak kan? But seriously, tubuh badan memang tak rasa macam orang sakit. Takde sakit apa-apa, sengal-sengal pun tak ada. (lupa la nak cek mental status masa tu kan)

Dalam pukul 9 pagi kot, doktor datang round kat wad. Katil saya depan sekali so antara yang terawal jugak la di-check. Sampai depan katil, doktor (dengan segerombolan trainee doctors... houseman ke? Tak sure istilahnya) rujuk rekod, tapi macam tercari-cari. After a short while, doktor tu tanya kat saya, "Awak kan yang kes ERPOC malam tadi?" (masa tu saya dengar macam 'airport'.. which, tak masuk akal la pulak, kan?) So, saya jawab dengan muka blur je. Bila mention D&C, baru la confident jawab ya. Doktor ni pun satu la... kita mana la nak paham kalau diorang guna terminology perubatan. Walaupun pernah la masuk kampus budak medic dekat titiwangsa sana, itu sekadar untuk jumpa kawan je, bukan belajar perubatan pun!

Berbalik ke lawatan doktor tadi, doktor tu macam tak percaya saya orang yang sama dia 'kerjakan' semalam. Iyela... semalamnya tu tengah down.. muka pun pucat sebab dah kehilangan banyak darah. Setelah diperkuatkan dengan darah penderma, saya takde la pucat macam Edward Cullens dalam cite Twilight tu dah. Badan pun dah rasa segar, perut pun kenyang (urp... alhamdulillah), confirm muka macam pelawat dan bukan pesakit hospital! Hahahaha... Hati saya dah berbunga mekar, harapan nak discaj dan balik rumah nampak agak cerah. Tapi....

... tapi tau apa doktor pakar tu cakap? Dia kata memang betul nampak saya dah sihat betul, langsung berbeza daripada semalam. Tapi disebabkan situasi saya agak kritikal semalam, "tak logik kalau kita bagi balik hari ni. Sorry, kita terpaksa tahan awak sehari lagi untuk pemerhatian". Aduhhh.. hancur luluh rasanya hati ni. Penat je touch-up, tapi takde hasil. Oh well, alang-alang kena dok spital, might as well enjoy it!

Makanya (ada ke perkataan ni?), saya menghabiskan masa saya di hospital dengan menikmati segala makanan yang dihidangkan. Pelik tapi benar... makanan hospital rasa sangat menyelerakan bagi saya (pada masa tu la). Saya sendiri tertanya-tanya, memang makanan tu yang sedap atau saya yang 'buruk lantak'? Walau apa saja yang dihidangkan, pasti licin hingga ke titisan terakhir. Nasi - clear, bubur - habis, roti - settle... hahaha.. memang berselera sungguh! Siapa kata makanan hospital tak sedap?? Tapi kawan saya kata, itu tindakbalas normal bagi badan yang kehilangan darah. Kiranya makan banyak ni usaha semulajadi badan untuk memulihkan diri la. Tak kisah la tu. Bak kata tagline McD : I'm lovin' it!

Menu makan malam - nasi + sup ayam... pun sedap!
Dipendekkan cerita, satu malam lagi di hospital, esoknya saya pun dibenarkan balik. Masa kat hospital tu digunakan untuk melayan diri sendiri. Balik rumah, kembali ke pangkuan keluarga bersama segala keributan yang ada. Hehehehe...

**************
Beberapa pengajaran yang saya belajar dari peristiwa ni:
  1. Kena percaya suara hati (instinct suruh pi hospital, jangan mengada² pi klinik biasa je)
  2. Komunikasi biar jelas - sampaikan pada doktor segala apa yang dirasakan. Jangan malu atau segan
  3. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya - Allah tak uji kita dengan ujian yang kita tak mampu tanggung. Dalam kes ni, mungkin saya boleh handle miscarriage tapi tak mampu handle special-needs child, kan? So bersyukur apa yang ada/jadi
  4. Family comes first - bila kita sakit/dilanda musibah, takdenya ofis nak datang tanya khabar bagai. Bos siap persoalkan dalam mesyuarat bahagian, kenapa banyak sangat MC?? (itu baru cuti 11 hari termasuk 4 hari weekend! Takde pulak orang nak question dia balik, kenapa pegi IJN during working hours?) 
  5. Perancangan Allah juga yang terbaik
Sekian dulu ceritera saya, wassalam.

Untuk tempahan dan maklumat berkaitan Shaklee, sila hubungi saya
idanina idris (ID 883664)
Shaklee independent distributor

idequenina@rocketmail.com
sms/whatsapp : 019-3649253

Thursday, April 16, 2015

THROWBACK : Miscarriage - Part 2

Okay... sepertimana dijanjikan, sambungan kepada part 1 aritu. Kena tekan button recall dulu sebab dah bertahun berlalu. But here's what happened after that...
-----------------------------------------
Lepas sign borang-borang consent tu, saya pun disorong masuk ke OT (or is it OR? Doktor2 bolehla tolong betulkan kalau sudi). Pindah naik katil bedah dan dipasang segala wayar yg perlu. Seingat saya kat situ jugakla saya dapat transfusi darah yang pertama (terima kasih encik/cik/puan penderma darah!). Saya juga diberikan epidural buat kali pertama.

Percaya atau tidak saya sebenarnya saspens dengan epidural ni. Based on my limited readings, it involves tusukan pain killer di antara tulang belakang. Pasti ada risiko tersendiri.. dan ada jugak yang kata sakit (takut!)

Nak dijadikan cerita, cuma beberapa hari sebelum tu saya tertengok rancangan Refleksi Minda kot namanya.. by Prof. Dr. Muhaya. Antara intipati yang melekat di sanubari ialah her message on positive thinking. Pendek kata, jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan (fuhh.. teringat pulak time koir sekolah menengah).. dan, pemikiran kita boleh mempengaruhi fizikal kita (oooh.. ni boleh jadi topik untuk entry lain ni)

ANYWAY... masa nak cucuk epidural tu, mungkin saya la pesakit yang paling ceria. Gigih berusaha untuk senyum dan fikir yang baik-baik sambil membongkok peluk bantal (hulur tulang belakang kat pakar bius). Dalam fikiran saya cuma pikir "senyum, happy, lepas ni sihat, i can handle the pain". Dan alhamdulillah, saya tak ingat pun pengalaman tu sebagai menyakitkan. (Mungkin sakit tapi saya tak ingat, wallahua'lam). Happy thoughts = happy me!

Cenggini la kot rupa prosedur aritu. Dah peluk bantal,tak amek port dah doktor buat apa kat belakang tu

Lepas tu, doktor usik-usik kaki terasa macam sensitif sangat. Dalam hati terfikir, "macam lagi sakit berbanding before bius. Insan terpilih ke sebab bius tak jalan?". Sungguh, masa tu rasa macam setiap sentuhan tu duplicated berkali-kali dan bergetar ke kawasan sekitar. Tapi tak lama rupanya. Within minutes, kaki sendiri macam tak wujud dah. Nak gerakkan pun dah tak mampu. Deria rasa/sentuhan? Memang totally gone. Berserah je kat doktor & nurses nak buat apa. Rasa diorang dok korek-korek, dok pomen kat 'dalam tu'.. rasa pressure/tekanan/sentuhan tapi langsung tak sakit. Soon after, operasi selesai dan saya disorong pulak ke observation room.

Masa kat OT/OR tu rasa kesejukan yang amat. Tak tau la perasaan saya je ke atau ini betul-betul kejadian, bukannya cobaan (almaklumla, bukan bole pakai sweater pun kat atas meja bedah tu kannn). Tapi kalau tak silap baca sebelum ni, OT/OR memang kena maintain certain temperature untuk kurangkan risiko jangkitan kuman. Kuman pun jadi mandom dalam suhu sejuk ni.

Bila dah sampai kat observation room tu rasa macam heaven sangat. Duduk bawah warmer.. macam baby baru lahir pulak. Sempat la lena kejap sambil 'sunbathing' bawah warmer tu. Doktor (doktor bius tadi kot. Tak cam sebab tak pakai contact lens kan) pun take short nap kat meja staf. Hmm... entah dari pukul berapa la dia start duty ekk? Kesian la pulak.

Dalam pukul 3 pagi camtu, barulah masuk wad. Hubby ada datang kejap, wish goodnite dan amek pesanan penaja barang apa perlu dibawa esok. Tinggal la saya bertemankan pek darah saya tu. Bila nurse tanya "nak bukak urine bag tak?", saya mintak tunggu dulu. Tak confident sebab kaki saya masih belum bagi respon 100%. Dibuatnya sungguh nak pi toilet, mau terjelepuk balik kat lantai! Tak pasal-pasal pulak laksamana bentan jadinya!

Malam tu tidur tak berapa lena. Almaklumla dok dalam wad, terasa kurang privasi. Rasa conscious je.. takut orang nampak kalau kain terselak dsb. Tapi bila difikirkan balik, mustahil kain nak terselak sebab kaki dah separuh mati akibat bius kan? hehehehe.. bengong la jugak. Ohh... teringat jugak.. ada rasa gatal-gatal macam merenyam je badan. Nurse memang dah warning mungkin akan rasa gatal-gatal masa blood transfusion. Teori saya, mungkin sel-sel badan bagi reaksi terhadap sel darah yang tak dikenali. Sekali lagi, fikir yang happy² aje... Akhirnya dapat la jugak tidur sekejap-sekejap.

-----------------------------------
Bila baca balik cite part 1 & 2 ni, terasa berbakat pulak kalau tulis skrip drama swasta. Hahaha!

Ni baru cerita hari pertama kat spital putrajaya. Untuk cerita next day, tungguuuuu....

Monday, April 13, 2015

THROWBACK : Miscarriage (part 1)

Post ni sebenarnya telah ditulis pada September 2013. Cumanya, sekian lama tak di-upload. Zaman gelap sikit tahun 2013-2014 tu sebenarnya. Kenapa? Lain kali la i explain ke u'ols.

_______________________________________________________

Semangat masuk ofis baru hari ni. Bukan baru camne.. just tukar bahagian demi job enrichment katanya. Bukak je kalendar pagi ni, terasa sayu pulak di hati. Ada dua perkataan tercatit di petak hari ni: DUE DATE? Yes, kalau tiada aral melintang, hari ni saya sepatutnya dah ada baby #5 di pangkuan. Namun, Allah juga penentu segala-galanya...

Saya sebenarnya dah lama nak menulis tentang perkara ni. Iyela.. ramai yang tak tau saya 'kehilangan' sebenarnya. Habis je MC 11 hari (termasuk 4 hari weekend ye boss, sila ambil maklum), saya masuk ofis macam nothing happened. Bukan kata lepas kejadian, PADA HARI KEJADIAN tu pun saya masih bekerja macam biasa. Berkhidmat untuk negara to the maxxxx! By the way, entry kali ni agak grafik. Mungkin tak sesuai untuk tatapan semua orang. Jangan kata saya tak bagi amaran!

Begini kisahnya.. Pada pertengahan Januari 2013, saya rasa tak sedap badan dan buat ujian kehamilan di rumah. Hasil ujian, sah hamil. Macam biasa, tak ada alahan yang teruk² cuma minggu pertama (lepas sahih tu la) ada rasa pening2 lalat dan angin sikit satu badan. Lepas tu, kembali seperti biasa.

Pada 18 Februari, saya dapati ada tompokan darah yang sedikit. Hati dah mula berdebar. Berdasarkan pengalaman silam, peluang selamat 50-50. Pregnancy #4 tak selamat, pregnancy #5 selamat menghasilkan baby #4, Muhammad Alif Hazmi. Okay.. tarik nafas dalam-dalam... pergi check-up di Hospital Putrajaya pada 19 Februari.

19 Februari - Setelah turun-naik beberapa kali (kes tak tau flow/prosedur), akhirnya berjumpa lah saya dengan tuan doktor. Doktor memang baik, layanan lemah lembut. Walau hati tak keruan, rasa tenang dapat layanan baik macam tu. Setelah discan, doktor memberikan perkhabaran tak baik.. Baby tak develop seperti sepatutnya. Ikut perkiraan dah 10 minggu, tapi saiz baby baru 8 minggu. Doktor suruh balik, dan datang semula selepas 2 minggu. Perasaan? Dah mula pujuk hati... walau apa pun yang terjadi, yakinlah aturan Allah jua yang terbaik.

21 Februari 2013 - bleeding dah mula banyak. Banyak pun bukanla banyak sangat. Ala-ala period hari kedua gitu. Hati memang dah cuak tapi memikirkan ada group dari Jepun datang untuk presentation pagi tu, gagah jugak la pegi ofis. Sampai ofis, bos pulak mintak tolong bagi presentation tu sebab dia ada meeting lain. Saya yang menurut perintah...

***
Tunggu hubby sampai balik keje, dah pukul 6 lebih. By the time hubby sampai, bleeding dah agak teruk, tak berhenti dok menitik aje. Lama jugak duduk dalam toilet sebab nak bersihkan lantai yang sama tercemar. Keluar je jamban, terus ajak hubby jumpa doktor. Hubby tanya, nak pi klinik ke? Tapi naluri hati kuat mengatakan kalau setakat pi klinik, mungkin tiada esok bagiku...

6.45 petang, sampai Unit Kecemasan Hospital Putrajaya. Duduk lagi menunggu giliran. Tak lama.. ada dalam 10 minit kot sebelum dipanggil untuk pemeriksaan awal. Semua buat macam tak heran je mula-mula tu sebab keguguran peringkat awal (iyela.. 2 bulan je baru kann). Tapi bila dah nampak darah banyak kat tempat duduk tu, barulah segera disorongkan ke unit semi-kritikal (guna kerusi roda je masa ni). Doktor pulak check, sahih keguguran (tak payah cakap pun dah boleh agak rasanya), dan dirujuk ke O&G sebab pendarahan banyak. Dihantar pulak ke Labour Room (kali ni, disorong dengan katil terus!), untuk perhatian MO.

Gambar masa kat ER.. nak intai blood pressure sebenarnya masa tu :)


Sepanjang kejadian ni semua, tak rasa sakit langsung pun sebenarnya. Cuma pendarahan tu taknak berhenti! MO dah scrape apa yang boleh dan bagi injection untuk hentikan pendarahan, tapi belum berhasil. Alhamdulillah, doktor tak pernah meninggalkan sisi saya. Cuma, perhatian dia lebih kepada komputer sebab tengah type laporan online... Sampai satu tahap, terasa macam kebas² kat kaki. Saya bagitau kat doktor yang saya rasa 'lain macam'.

Perasaan kebas tu naik ke bahagian badan yang lain. Kepala pun mula rasa pusing dan rasa nak muntah (saya bagitau doktor saya rasa nak muntah). Doktor tak kata apa, teruskan dengan laporan online.. Physically, memang body cuba memuntahkan sesuatu tapi sebab tak makan sejak pagi, takde bahan nak dimuntahkan. Masa ni, baru doktor betul² pandang kat saya semula sebab beriya-iya 'muntah' tanpa henti. Tiba-tiba jugak doktor macam 'panik', panggil doktor lain masuk sama (sebenarnya, bukanla 'panik' dalam erti kata sebenar. Tapi bertindak dengan lebih aktif lah). Rupa-rupanya, tekanan darah saya rendah sangat sampai nak crash. Kalau tak silap pandang, sekitar 56 kot bacaannya. Dalam kalut-kalut pindah bilik tadi, terlupa diorang nak elevate beg drip. Darah keluar, drip tak masuk, maka jatuh la tekanan darah saya. Specialist yang masuk pun arahkan buat 2 pek blood transfusion dan tempah dewan bedah untuk D&C malam tu jugak. Sambil-sambil tu diorang anggarkan saya dah kehilangan 1.8 liter darah sepanjang hari tu.

Masa tunggu bekalan darah sampai tu, barulah suami saya dibenarkan masuk. Saya disorong pulak ke bilik lain sementara menunggu  giliran masuk OR. Masa tu jugak barulah segala perasaan sayu dan layu sampai. Teringat nak mohon ampun kat hubby. Siap bagi wasiat suruh jaga anak elok-elok. Baru terfikir yang I can really lose my life masa tu! Berlinang jugak la air mata.. Syahdu sungguh!

Dalam pukul 1 pagi kot, kami bergerak ke OR. Dah prep bagai, baru staf cakap tak boleh pakai contact lens masa prosedur. Hello... mana la saya nak tau? Bukannya hari-hari kena bedah! Okay. takpe. Nurse tolong carikan saline solution untuk rendam lens. Elok je dah bukak lens, doktor bius tu bagi dokumen untuk baca dan sign. Err... bukan kata perenggan, tajuk dokumen pun saya tak nampak okey! Hahaha... memang lawak. Doktor bius tu pun gelak jugak. Sudahnya terpaksa la dia bacakan setiap perkara. Saya sign pun main agak² aje la. Halal je la doktor oii...

Ada sesuatu yang berlaku masa kat OR tu.. sesuatu yang berkaitan kuasa positive thinking. Tapi rasanya dah terlalu panjang pulak entri kali ni. Next time kita sambung cerita from OR onwards. Tata dulu!

p/s - saya masih meniaga Shaklee. For info/order, wassap 0193649253 or email idequenina@rocketmail.com

Thursday, April 9, 2015

JEJAK KASIH

Amboiiiiiiii... dah seribu tahun rupanya blog ni terbengkalai. Bersawang tak hengat! Macam-macam perkara dah terjadi. Dari miscarriage in early 2013, transfer division in September 2013, pregnancy and new baby in 2014... semuanya menjadi distraction untuk aktif berblog. Anyway, 'azam' baru (bukan azam tahun baru ye) nak lebih aktif blogging. Paling tidak pun, sebagai medium untuk mencatat sejarah hidup yang berlaku.

Sebagai peringatan, saya masih jual Shaklee. Siapa berminat boleh la roger². 

Tata for now. Nanti aye tulis lagi.. promise!