Thursday, April 16, 2015

THROWBACK : Miscarriage - Part 2

Okay... sepertimana dijanjikan, sambungan kepada part 1 aritu. Kena tekan button recall dulu sebab dah bertahun berlalu. But here's what happened after that...
-----------------------------------------
Lepas sign borang-borang consent tu, saya pun disorong masuk ke OT (or is it OR? Doktor2 bolehla tolong betulkan kalau sudi). Pindah naik katil bedah dan dipasang segala wayar yg perlu. Seingat saya kat situ jugakla saya dapat transfusi darah yang pertama (terima kasih encik/cik/puan penderma darah!). Saya juga diberikan epidural buat kali pertama.

Percaya atau tidak saya sebenarnya saspens dengan epidural ni. Based on my limited readings, it involves tusukan pain killer di antara tulang belakang. Pasti ada risiko tersendiri.. dan ada jugak yang kata sakit (takut!)

Nak dijadikan cerita, cuma beberapa hari sebelum tu saya tertengok rancangan Refleksi Minda kot namanya.. by Prof. Dr. Muhaya. Antara intipati yang melekat di sanubari ialah her message on positive thinking. Pendek kata, jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan (fuhh.. teringat pulak time koir sekolah menengah).. dan, pemikiran kita boleh mempengaruhi fizikal kita (oooh.. ni boleh jadi topik untuk entry lain ni)

ANYWAY... masa nak cucuk epidural tu, mungkin saya la pesakit yang paling ceria. Gigih berusaha untuk senyum dan fikir yang baik-baik sambil membongkok peluk bantal (hulur tulang belakang kat pakar bius). Dalam fikiran saya cuma pikir "senyum, happy, lepas ni sihat, i can handle the pain". Dan alhamdulillah, saya tak ingat pun pengalaman tu sebagai menyakitkan. (Mungkin sakit tapi saya tak ingat, wallahua'lam). Happy thoughts = happy me!

Cenggini la kot rupa prosedur aritu. Dah peluk bantal,tak amek port dah doktor buat apa kat belakang tu

Lepas tu, doktor usik-usik kaki terasa macam sensitif sangat. Dalam hati terfikir, "macam lagi sakit berbanding before bius. Insan terpilih ke sebab bius tak jalan?". Sungguh, masa tu rasa macam setiap sentuhan tu duplicated berkali-kali dan bergetar ke kawasan sekitar. Tapi tak lama rupanya. Within minutes, kaki sendiri macam tak wujud dah. Nak gerakkan pun dah tak mampu. Deria rasa/sentuhan? Memang totally gone. Berserah je kat doktor & nurses nak buat apa. Rasa diorang dok korek-korek, dok pomen kat 'dalam tu'.. rasa pressure/tekanan/sentuhan tapi langsung tak sakit. Soon after, operasi selesai dan saya disorong pulak ke observation room.

Masa kat OT/OR tu rasa kesejukan yang amat. Tak tau la perasaan saya je ke atau ini betul-betul kejadian, bukannya cobaan (almaklumla, bukan bole pakai sweater pun kat atas meja bedah tu kannn). Tapi kalau tak silap baca sebelum ni, OT/OR memang kena maintain certain temperature untuk kurangkan risiko jangkitan kuman. Kuman pun jadi mandom dalam suhu sejuk ni.

Bila dah sampai kat observation room tu rasa macam heaven sangat. Duduk bawah warmer.. macam baby baru lahir pulak. Sempat la lena kejap sambil 'sunbathing' bawah warmer tu. Doktor (doktor bius tadi kot. Tak cam sebab tak pakai contact lens kan) pun take short nap kat meja staf. Hmm... entah dari pukul berapa la dia start duty ekk? Kesian la pulak.

Dalam pukul 3 pagi camtu, barulah masuk wad. Hubby ada datang kejap, wish goodnite dan amek pesanan penaja barang apa perlu dibawa esok. Tinggal la saya bertemankan pek darah saya tu. Bila nurse tanya "nak bukak urine bag tak?", saya mintak tunggu dulu. Tak confident sebab kaki saya masih belum bagi respon 100%. Dibuatnya sungguh nak pi toilet, mau terjelepuk balik kat lantai! Tak pasal-pasal pulak laksamana bentan jadinya!

Malam tu tidur tak berapa lena. Almaklumla dok dalam wad, terasa kurang privasi. Rasa conscious je.. takut orang nampak kalau kain terselak dsb. Tapi bila difikirkan balik, mustahil kain nak terselak sebab kaki dah separuh mati akibat bius kan? hehehehe.. bengong la jugak. Ohh... teringat jugak.. ada rasa gatal-gatal macam merenyam je badan. Nurse memang dah warning mungkin akan rasa gatal-gatal masa blood transfusion. Teori saya, mungkin sel-sel badan bagi reaksi terhadap sel darah yang tak dikenali. Sekali lagi, fikir yang happy² aje... Akhirnya dapat la jugak tidur sekejap-sekejap.

-----------------------------------
Bila baca balik cite part 1 & 2 ni, terasa berbakat pulak kalau tulis skrip drama swasta. Hahaha!

Ni baru cerita hari pertama kat spital putrajaya. Untuk cerita next day, tungguuuuu....

No comments:

Post a Comment