Friday, April 17, 2015

THROWBACK : Miscarriage - Part 3, THE END

Okay, habis dah cite yang scary-mary. Now ni dah masuk fasa pemulihan so relax la sikit.

**********************
Pagi esoknya, bangun awal. Rasa macam kat rumah mak mertua.. .segan kalau kantoi bangun lambat. Hahahaha! Bangun, mandi, tukar baju, siap touch-up ala kadar. Eyeliner dengan lip gloss tak tinggal okay! Hahaha... saje je. Perasaan macam orang sihat, so kena la nampak sihat jugak kan? But seriously, tubuh badan memang tak rasa macam orang sakit. Takde sakit apa-apa, sengal-sengal pun tak ada. (lupa la nak cek mental status masa tu kan)

Dalam pukul 9 pagi kot, doktor datang round kat wad. Katil saya depan sekali so antara yang terawal jugak la di-check. Sampai depan katil, doktor (dengan segerombolan trainee doctors... houseman ke? Tak sure istilahnya) rujuk rekod, tapi macam tercari-cari. After a short while, doktor tu tanya kat saya, "Awak kan yang kes ERPOC malam tadi?" (masa tu saya dengar macam 'airport'.. which, tak masuk akal la pulak, kan?) So, saya jawab dengan muka blur je. Bila mention D&C, baru la confident jawab ya. Doktor ni pun satu la... kita mana la nak paham kalau diorang guna terminology perubatan. Walaupun pernah la masuk kampus budak medic dekat titiwangsa sana, itu sekadar untuk jumpa kawan je, bukan belajar perubatan pun!

Berbalik ke lawatan doktor tadi, doktor tu macam tak percaya saya orang yang sama dia 'kerjakan' semalam. Iyela... semalamnya tu tengah down.. muka pun pucat sebab dah kehilangan banyak darah. Setelah diperkuatkan dengan darah penderma, saya takde la pucat macam Edward Cullens dalam cite Twilight tu dah. Badan pun dah rasa segar, perut pun kenyang (urp... alhamdulillah), confirm muka macam pelawat dan bukan pesakit hospital! Hahahaha... Hati saya dah berbunga mekar, harapan nak discaj dan balik rumah nampak agak cerah. Tapi....

... tapi tau apa doktor pakar tu cakap? Dia kata memang betul nampak saya dah sihat betul, langsung berbeza daripada semalam. Tapi disebabkan situasi saya agak kritikal semalam, "tak logik kalau kita bagi balik hari ni. Sorry, kita terpaksa tahan awak sehari lagi untuk pemerhatian". Aduhhh.. hancur luluh rasanya hati ni. Penat je touch-up, tapi takde hasil. Oh well, alang-alang kena dok spital, might as well enjoy it!

Makanya (ada ke perkataan ni?), saya menghabiskan masa saya di hospital dengan menikmati segala makanan yang dihidangkan. Pelik tapi benar... makanan hospital rasa sangat menyelerakan bagi saya (pada masa tu la). Saya sendiri tertanya-tanya, memang makanan tu yang sedap atau saya yang 'buruk lantak'? Walau apa saja yang dihidangkan, pasti licin hingga ke titisan terakhir. Nasi - clear, bubur - habis, roti - settle... hahaha.. memang berselera sungguh! Siapa kata makanan hospital tak sedap?? Tapi kawan saya kata, itu tindakbalas normal bagi badan yang kehilangan darah. Kiranya makan banyak ni usaha semulajadi badan untuk memulihkan diri la. Tak kisah la tu. Bak kata tagline McD : I'm lovin' it!

Menu makan malam - nasi + sup ayam... pun sedap!
Dipendekkan cerita, satu malam lagi di hospital, esoknya saya pun dibenarkan balik. Masa kat hospital tu digunakan untuk melayan diri sendiri. Balik rumah, kembali ke pangkuan keluarga bersama segala keributan yang ada. Hehehehe...

**************
Beberapa pengajaran yang saya belajar dari peristiwa ni:
  1. Kena percaya suara hati (instinct suruh pi hospital, jangan mengada² pi klinik biasa je)
  2. Komunikasi biar jelas - sampaikan pada doktor segala apa yang dirasakan. Jangan malu atau segan
  3. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya - Allah tak uji kita dengan ujian yang kita tak mampu tanggung. Dalam kes ni, mungkin saya boleh handle miscarriage tapi tak mampu handle special-needs child, kan? So bersyukur apa yang ada/jadi
  4. Family comes first - bila kita sakit/dilanda musibah, takdenya ofis nak datang tanya khabar bagai. Bos siap persoalkan dalam mesyuarat bahagian, kenapa banyak sangat MC?? (itu baru cuti 11 hari termasuk 4 hari weekend! Takde pulak orang nak question dia balik, kenapa pegi IJN during working hours?) 
  5. Perancangan Allah juga yang terbaik
Sekian dulu ceritera saya, wassalam.

Untuk tempahan dan maklumat berkaitan Shaklee, sila hubungi saya
idanina idris (ID 883664)
Shaklee independent distributor

idequenina@rocketmail.com
sms/whatsapp : 019-3649253

No comments:

Post a Comment