Tuesday, June 11, 2013

Asthma dan Shaklee

Hallo, hallo, good morning Malaysia!!! Ya, promosi Meal shake masih berjalan. Ni saye nak kongsikan percubaan saye meng-edit gamba guna free photo editor ye...





Yeehaaaa! Nampak macam magical tak? Hahaha... korang tak nampak tapi Harry Potter ada kat sebelah tu tengah conjure a spell. Hahaha (ngarut sudah)

Anyway, saye memang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat these two products. Kepada yang masih belum maklum, saye ni penghidap asthma sejak kecik. Not too severe tapi sekali sekala kena tu, agak tension la kan? Ohh.. baru teringat yang saye memang tak penah cite pun pasal sejarah asthma saye ni. Takpe.. lain kali saye cite. Buat masa ni, cukup la kalau saye katakan yang saye penghidap asthma :(

Buah hati saye si Encik Suami tu pun asthma jugak (dia lebih mild tapi sebab payah amek ubat, merokok pulak tu, wheezing dia adakalanya lebih teruk daripada saye). Maka, bila beranak-pinak, macam dah boleh bajet la yang anak-anak akan mewarisi kesemputan kami ni kann? Ternyata, simptom-simptom tu memang ada. 2/4 anak saye menunjukkan tanda-tanda exzema (salah satu penyakit berkaitan alahan/asthma). Alhamdulillah sangat-sangat mild sebab cuma muncul di bahagian pelipat, itu pun bila cuaca panas. Bab batuk pulak, rasanya anak sulung saye je yang terlepas. Adik-adik yang 3 orang tu, kalau batuk selalunya lebih teruk kahak dan bunyinya. Nak baik pun ambil masa yang jauh lebih panjang. Alia (anak #2) masa kecik-kecik dulu, pernah batuk sampai sebulan tak baik-baik!! Sekarang, tinggal Arifah (5 tahun) dan Alif (2 tahun) yang masih prone untuk batuk teruk. Lagi-lagi sebab dok nurseri, kejap-kejap batuk, sat-sat selsema.. lambat pulak baiknya sebab berjangkit-jangkit (re-infection).

Saye mula berikan anak-anak Shaklee Meal Shake pada bulan April 2012 kalau tak silap. Suku sudu teh untuk Alif dan satu sudu teh sehari dalam susu Arifah. Mahal ke RM 113 untuk anak-anak? Tak mahal sebab untuk kesihatan anak. Lagipun dengan penggunaan sudu kecik KFC tu, memang tahan berbulan-bulan la pelaburan ku itu. Tambah best sebab  bukan si kecik berdua je yang consume... kakak², ibu & bapak pun tumpang sekali! Hasil paling ketara yang saya nampak, Alif dah jarang demam dan selsema. Bila selsema pulak, dah takde hingus kuning meleleh-leleh macam dulu. Arifah lebih cemerlang sebab memang jarang amat demam. Bila kakaknya demam seminggu (Alia tak berapa suka layan suplemen), Arifah demam satu malam sahaja. Memang wonderful dan fabulous lah! *Mak suka sebab boleh tidur dengan aman.. hehehehe*

Bila saye dapat tahu Omega membantu menguatkan peparu, saye tambah pulak Omega dalam diet mereka. Omega ni RM 136 sebotol 90 biji. Untuk bebudak ni, saye pecah dan picitkan kapsul ke dalam susu mereka 1-2 kali seminggu. Alhamdulillah juga, tidak la jenuh amek nebulizer setiap kali batuk/demam macam dulu. Jadi, memang betul la kombinasi Meal Shake + Omega ni membantu melegakan asthma. Nak kata memulihkan, saye bukan doktor nak claim cenggitu. Tapi alhamdulillah la, setakat ni memang berkesan untuk saye anak-beranak dan kekawan yang lain. Ni salah satu testimonial buat tatapan tetuan dan pepuan sekalian:


Oopss... panjang pulak dah nukilan pagi ni. Dah lama tak menulis, cenggini la hasilnya. Tapi seriusla... saye memang puas hati sangat dengan hasil setelah pengambilan Shaklee ni. Kalau tidak, takkan la saye join jadi ahli, kannn? Dan pastinya saye takkan sukarela share kebaikan yang dah dinikmati dengan u all. Benda baik, tak elok simpan sorang-sorang, kann? Nanti lain kali saye share pengalaman saye amek suplemen yang lain pulak, OK? *mode - baru 3 hari amek Vivix*

Untuk info & belian, jangan malu, jangan segan, roger-roger Madam Supplement tau?!

idanina idris (ID 883664)
idequenina@rocketmail.com
sms/whatsapp 019-364 9253

Sunday, June 9, 2013

NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE 8 JUN 2013

Okey.. baru hari ni sempat nak update blog. Alhamdulillah... Sabtu baru ni sempat menghadiri Shaklee National Conference. Selain daripada pelancaran produk baru CoQ10 Plus, sempat juga buat recognition untuk ahli2 Shaklee yang berjaya mengembangkan syarikat sepanjang cycle 2012/2013. Ada juga percubaan ambil gambar kat dalam dewan tu. Tapi disebabkan pencahayaan yang kurang memberangsangkan, ditambah pulak dengan tuan punya badan tak pandai nak adjust setting camera fon ni, maka tak ada la gamba dalam dewan yang boleh dikongsikan. Walau bagaimanapun, sempat juga la bergambar dengan idola2 kat luar dewan.

Dari kanan : Saye, Mazlifah, Mama Cery dan insan tak dikenali :)
 Okey.. Mama Cery ni boleh dikatakan sebagai pelopor bagi bisnes Shaklee melalui internet. Humble sangat orangnya. Dia juga la pencetus bagi gerakan grup Jutawan. Under her tutelage and leadership, dah ada at least 10 orang Master Coordinator. Sebagai cicit, of course saye pun akan usaha untuk jadi seangkatan dengannnya :)

By the way, satu kisah yang saye nak share tentang hari kejadian ni... Saye dan mummy Mazlifah Mohtar dah rancang nak balik awal.. almaklumla, anak2 kat rumah dah memanggil2. Sebelum balik tu la yang kami nak posing2 depan poster mentor. Nak dijadikan cerita, tengah kitorang gerak nak ke poster Mama Cery ni, dan-dan  tu jugak Mama Cery muncul dari dalam dewan. Macam berjanji2 pulak! Orang kata, ada jodoh! Hahahaha... suka suka suka!!

Mazlifah and Me, bersama Iffah Anuar & Papa Dosh. Btw, baju saye tu nampak sungguh tak flattering dari sudut ni :(
Yang ni pulak gambar bersama poster my Nanny in biz. She's 8 years my junior in school tapi dah jauh ke depan dalam kerjaya/idup. I'm so proud and envious at the same time! Hmm.. yang ni memang tak sempat bergambar in person. Sempat jumpa pun kejap sangat sementara dia tengah beratur nak amek award. Tak sempat nak tengok Iffah naik pentas guna raiser!

Anyway, sangat gembira dan berbangga. Dengan adanya grup Jutawan dan susur galurnya, begitu ramai muslimah yang dah berjaya keluar dari comfort zone untuk mencapai kejayaan. Bebas daripada beban kewangan, dan bebas untuk tolong orang lain semahunya. Ohh... doakan saye juga berjaya seperti mereka please?

Kalau anda pun nak berjaya seperti mereka dan kami (insyaallah), jom join grup kami. Ada mentors yang sangat bertanggungjawab, kaedah mentoring online dan offline (sendiri pilih, nak join grup meeting atau dari rumah aje), NO HEAD HUNTING dan TAK PERLU MODAL BESAR. Dengan hanya RM75, anda dah boleh mula mengorak langkah dalam bisnes anda sendiri.

Macam biasa lah... untuk maklumat/tempahan, hubungi Madam Supplement
idanina idris (ID 883664)
idequenina@rocketmail.com
019-364 9253

Monday, June 3, 2013

PROMOSI JUN 2013

Mari, mari, mari!!! Kepada yang belum tahu, di sini saya umumkan bahawasanya promosi Shaklee bagi bulan Jun adalah Meal Shakes Buy 6 Free 1.


Hmm... Ramai la ibu-ibu di luar sana yang seronok dengan berita ni. Maunya tidak? Mealshake ni bukan saje lazat, tapi amat berkhasiat. Sangat sesuai untuk anak-anak yang kurang  selera makan, ada masalah eczema, kurang daya tahan penyakit (low immunity), sembelit.. macam-macam lagi la! Boleh jugak dijadikan sarapan lengkap (tapi ringkas dan mudah) untuk anak-anak sebelum ke sekolah. Bukan itu saje, khasiatnya bukan terhad untuk kanak-kanak; mak bapak budak pun boleh gunakan tanpa was-was!

Saya sendiri sentiasa pastikan mealshake tak pernah putus stok. Ipah yang melidi sebab memilih makan, walaupun tak naik debab, sangat jarang jatuh sakit. Kalau demam pun dah jarang dan tak berpanjangan.

Nak nak puasa dah dekat ni. Saya memang pastikan stok mealshake, performance drink dan ESP mencukupi untuk kami sekeluarga. Anak-anak pun suka sangat bersahur dengan kombinasi Mighty 3 Gem ni. Masa-masa darurat tu (ie. mak terlewat bangun/kejut untuk sahur), maintain steady kalau bersahur dengan set ni aje. Kalau nak tau sedikit pengalaman saya bersama set Mighty 3 Gem Shaklee ni, boleh baca di sini. By the way, blog Srikandi Baru tu dah tak diaktifkan. Kalau nak updated info on Shaklee, kekal setia bersama Madam Supplement ok?