Monday, April 13, 2015

THROWBACK : Miscarriage (part 1)

Post ni sebenarnya telah ditulis pada September 2013. Cumanya, sekian lama tak di-upload. Zaman gelap sikit tahun 2013-2014 tu sebenarnya. Kenapa? Lain kali la i explain ke u'ols.

_______________________________________________________

Semangat masuk ofis baru hari ni. Bukan baru camne.. just tukar bahagian demi job enrichment katanya. Bukak je kalendar pagi ni, terasa sayu pulak di hati. Ada dua perkataan tercatit di petak hari ni: DUE DATE? Yes, kalau tiada aral melintang, hari ni saya sepatutnya dah ada baby #5 di pangkuan. Namun, Allah juga penentu segala-galanya...

Saya sebenarnya dah lama nak menulis tentang perkara ni. Iyela.. ramai yang tak tau saya 'kehilangan' sebenarnya. Habis je MC 11 hari (termasuk 4 hari weekend ye boss, sila ambil maklum), saya masuk ofis macam nothing happened. Bukan kata lepas kejadian, PADA HARI KEJADIAN tu pun saya masih bekerja macam biasa. Berkhidmat untuk negara to the maxxxx! By the way, entry kali ni agak grafik. Mungkin tak sesuai untuk tatapan semua orang. Jangan kata saya tak bagi amaran!

Begini kisahnya.. Pada pertengahan Januari 2013, saya rasa tak sedap badan dan buat ujian kehamilan di rumah. Hasil ujian, sah hamil. Macam biasa, tak ada alahan yang teruk² cuma minggu pertama (lepas sahih tu la) ada rasa pening2 lalat dan angin sikit satu badan. Lepas tu, kembali seperti biasa.

Pada 18 Februari, saya dapati ada tompokan darah yang sedikit. Hati dah mula berdebar. Berdasarkan pengalaman silam, peluang selamat 50-50. Pregnancy #4 tak selamat, pregnancy #5 selamat menghasilkan baby #4, Muhammad Alif Hazmi. Okay.. tarik nafas dalam-dalam... pergi check-up di Hospital Putrajaya pada 19 Februari.

19 Februari - Setelah turun-naik beberapa kali (kes tak tau flow/prosedur), akhirnya berjumpa lah saya dengan tuan doktor. Doktor memang baik, layanan lemah lembut. Walau hati tak keruan, rasa tenang dapat layanan baik macam tu. Setelah discan, doktor memberikan perkhabaran tak baik.. Baby tak develop seperti sepatutnya. Ikut perkiraan dah 10 minggu, tapi saiz baby baru 8 minggu. Doktor suruh balik, dan datang semula selepas 2 minggu. Perasaan? Dah mula pujuk hati... walau apa pun yang terjadi, yakinlah aturan Allah jua yang terbaik.

21 Februari 2013 - bleeding dah mula banyak. Banyak pun bukanla banyak sangat. Ala-ala period hari kedua gitu. Hati memang dah cuak tapi memikirkan ada group dari Jepun datang untuk presentation pagi tu, gagah jugak la pegi ofis. Sampai ofis, bos pulak mintak tolong bagi presentation tu sebab dia ada meeting lain. Saya yang menurut perintah...

***
Tunggu hubby sampai balik keje, dah pukul 6 lebih. By the time hubby sampai, bleeding dah agak teruk, tak berhenti dok menitik aje. Lama jugak duduk dalam toilet sebab nak bersihkan lantai yang sama tercemar. Keluar je jamban, terus ajak hubby jumpa doktor. Hubby tanya, nak pi klinik ke? Tapi naluri hati kuat mengatakan kalau setakat pi klinik, mungkin tiada esok bagiku...

6.45 petang, sampai Unit Kecemasan Hospital Putrajaya. Duduk lagi menunggu giliran. Tak lama.. ada dalam 10 minit kot sebelum dipanggil untuk pemeriksaan awal. Semua buat macam tak heran je mula-mula tu sebab keguguran peringkat awal (iyela.. 2 bulan je baru kann). Tapi bila dah nampak darah banyak kat tempat duduk tu, barulah segera disorongkan ke unit semi-kritikal (guna kerusi roda je masa ni). Doktor pulak check, sahih keguguran (tak payah cakap pun dah boleh agak rasanya), dan dirujuk ke O&G sebab pendarahan banyak. Dihantar pulak ke Labour Room (kali ni, disorong dengan katil terus!), untuk perhatian MO.

Gambar masa kat ER.. nak intai blood pressure sebenarnya masa tu :)


Sepanjang kejadian ni semua, tak rasa sakit langsung pun sebenarnya. Cuma pendarahan tu taknak berhenti! MO dah scrape apa yang boleh dan bagi injection untuk hentikan pendarahan, tapi belum berhasil. Alhamdulillah, doktor tak pernah meninggalkan sisi saya. Cuma, perhatian dia lebih kepada komputer sebab tengah type laporan online... Sampai satu tahap, terasa macam kebas² kat kaki. Saya bagitau kat doktor yang saya rasa 'lain macam'.

Perasaan kebas tu naik ke bahagian badan yang lain. Kepala pun mula rasa pusing dan rasa nak muntah (saya bagitau doktor saya rasa nak muntah). Doktor tak kata apa, teruskan dengan laporan online.. Physically, memang body cuba memuntahkan sesuatu tapi sebab tak makan sejak pagi, takde bahan nak dimuntahkan. Masa ni, baru doktor betul² pandang kat saya semula sebab beriya-iya 'muntah' tanpa henti. Tiba-tiba jugak doktor macam 'panik', panggil doktor lain masuk sama (sebenarnya, bukanla 'panik' dalam erti kata sebenar. Tapi bertindak dengan lebih aktif lah). Rupa-rupanya, tekanan darah saya rendah sangat sampai nak crash. Kalau tak silap pandang, sekitar 56 kot bacaannya. Dalam kalut-kalut pindah bilik tadi, terlupa diorang nak elevate beg drip. Darah keluar, drip tak masuk, maka jatuh la tekanan darah saya. Specialist yang masuk pun arahkan buat 2 pek blood transfusion dan tempah dewan bedah untuk D&C malam tu jugak. Sambil-sambil tu diorang anggarkan saya dah kehilangan 1.8 liter darah sepanjang hari tu.

Masa tunggu bekalan darah sampai tu, barulah suami saya dibenarkan masuk. Saya disorong pulak ke bilik lain sementara menunggu  giliran masuk OR. Masa tu jugak barulah segala perasaan sayu dan layu sampai. Teringat nak mohon ampun kat hubby. Siap bagi wasiat suruh jaga anak elok-elok. Baru terfikir yang I can really lose my life masa tu! Berlinang jugak la air mata.. Syahdu sungguh!

Dalam pukul 1 pagi kot, kami bergerak ke OR. Dah prep bagai, baru staf cakap tak boleh pakai contact lens masa prosedur. Hello... mana la saya nak tau? Bukannya hari-hari kena bedah! Okay. takpe. Nurse tolong carikan saline solution untuk rendam lens. Elok je dah bukak lens, doktor bius tu bagi dokumen untuk baca dan sign. Err... bukan kata perenggan, tajuk dokumen pun saya tak nampak okey! Hahaha... memang lawak. Doktor bius tu pun gelak jugak. Sudahnya terpaksa la dia bacakan setiap perkara. Saya sign pun main agak² aje la. Halal je la doktor oii...

Ada sesuatu yang berlaku masa kat OR tu.. sesuatu yang berkaitan kuasa positive thinking. Tapi rasanya dah terlalu panjang pulak entri kali ni. Next time kita sambung cerita from OR onwards. Tata dulu!

p/s - saya masih meniaga Shaklee. For info/order, wassap 0193649253 or email idequenina@rocketmail.com

No comments:

Post a Comment