Monday, October 29, 2012

Innalillah....

Kami menerima satu lagi perkhabaran sedih pada hujung minggu baru-baru ni.. seorang lagi rakan setugas Madam telah dijemput Allah. Punca kematian: serangan asthma. Tambah memilukan apabila arwah meninggal dunia dalam keadaan hamil 6 bulan, dikatakan pada hari lahir anaknya yang bongsu. Minggu sebelumnya, seorang rakan setugas telah terlebih dulu meninggal dunia akibat strok. Kedua-duanya berusia 35 tahun.

Walaupun Madam bukanlah BFF dengan kedua-dua arwah, pemergian mereka tetap memberikan kesan kepada Madam. Pertama, umur arwah (35 tahun), sebaya dengan suami Madam iaitu tua setahun je dari Madam. Kedua, arwah yang diserang strok tu juga merupakan x-schoolmate En. Suami di MRSM Balik Pulau dulu (maka makin terasa la tempiasnya). Ketiga, sebagai pesakit asthma, Madam sendiri memang gerun setiap kali terdengar cerita hal kawan² yang diserang asthma ni sebab boleh bayangkan sendiri betapa seksanya azab sesak nafas L

Jadi di kesempatan ini, Madam nak ingatkan diri sendiri dan sesiapa juga yang sudi membaca untuk utamakan kesihatan dan keselamatan diri. Serangan strok dan asthma misalnya tidak boleh dijangka tapi boleh dikurangkan risikonya. Kepada kawan² yang sama menghidap asthma, berusahalah untuk sentiasa mengawalnya (a doctor once told me, we can’t cure asthma but we can manage it). Kalau makan ubat pil dah tak berapa berkesan, jangan takut/malu nak guna inhaler. Kalau inhaler biasa (ventolin etc) pun macam dah takde umphh, cuba tanya doktor tentang Symbicort. Secara peribadi, hidup Madam lebih tenang sejak menggunakan Symbicort ni. Asthma pun dah jarang menyerang, kalau datang pun dah tak sempat semput. Di samping itu Madam ikhtiarkan juga pengambilan supplement untuk kesihatan menyeluruh. Shaklee misalnya ada produk Vita C, B Complex dan Alfalfa untuk membantu mengurangkan alahan/asthma. Madam juga mengambil NutriFeron secara berkala untuk meningkatkan imuniti. Alhamdulillah, Madam cukup puas hati.

Betul… ajal & maut ketentuan Tuhan. Jadi, tak perlu la kita pulak beriya² menjemputnya. Jaga diri bebaik.. Pandu cermat jiwa selamat.. Katakan TAK NAK pada rokok!


Untuk maklumat, promosi Shaklee dan tempahan, hubungi madam supplement:
idanina idris (ID 883664)
Shaklee independent distributor
sms/whatsapp : 019-3649253

No comments:

Post a Comment