Monday, October 29, 2012

Dugaan 2012

Waduh-waduh... banyak betul dugaan 2012 ni. Kebanyakannya dugaan yang berkaitan urusan bibik serta health & wellness gitu. Bermula dengan penamatan perkhidmatan (sebelum waktu) bibik pada bulan Mac, dituruti Ipah kena chicken pox pada bulan April, diikuti dengan dua (yes.. DUA) episod Hand, Foot & Mouth Disease pada penghujung April - awal Mei. Pada bulan Mei juga anak teruna Madam masuk wad akibat demam panas yang membawa ke sawan (untuk rekod, masa tu Madam belum lagi diperkenalkan kepada Shaklee ok)...

Fast forward bulan Oktober, Madam sendiri mengalami kecederaan kat kedua-dua belah kaki. Agak 'best' kecederaan tu. Hehehehe... setelah hampir sebulan berlalu, dah bolehla gagahkan diri jalan² shopping kat Giant walaupun masih terhencot-hencot! Oh ye.. dugaan tidak sampai di situ saja. Terkini, anak teruna pulak kena chicken pox. Maka, ampunkanla Madam kerana kelewatan menulis di blog ini. Tapi alhamdulillah, sempat jugak la nak upload info ringkas produk kesihatan Shaklee yang telah sekian lama tertangguh :P

Niat Madam cerita pasal dugaan² ni bukanla nak mengadu/menangisi nasib. I okay ajerr... Syukur alhamdulillah semuanya masih (agak) sihat dan hidup aman bahagia. Memang betul, cuti rehat dah tinggal ciput tapi sekurang-kurangnya semua selamat. Kalau tak kerana dugaan² awal tahun aritu, mungkin Madam tak tergerak hati nak cari makanan tambahan untuk kesihatan keluarga.. dan pastinya, Madam mungkin tak tergerak nak mencuba barangan Shaklee!

Madam ni belum la tahap obses kat Shaklee (hehehe... 'belum' ya, bukan 'tidak'). Shaklee bukan penyelesai bagi semua masalah hidup. TAPI, banyak perubahan positif sejak bergelumang dalam Shaklee.. sebagai pengguna, mahupun independent distributor Shaklee. Antaranya:
1.            Diperkenalkan kepada Geng Jutawan Shaklee yang mantop; sentiasa positif, sedia membantu & tak kedekut ilmu
2.            Kesihatan makin baik (dah jarang bersin² di pagi hari, asthma pun makin terkawal, selsema/demam cepat baik dan lebih bertenaga dalam menguruskan keluarga)
3.            Dapat punca pendapatan sampingan, dan insyaallah punca pendapatan utama di masa hadapan J

Maka, Madam pun buat kesimpulan sendiri… Dugaan² sebelum ni sebenarnya dorongan untuk Madam ambil langkah seterusnya. Kalau sebelum ni dok selesa di takuk lama, sekarang kena cuba amek jalan yang belum pernah dilalui sebelum ini. Alhamdulillah, I’m enjoying the journey.

You all pun boleh cuba juga! Kalau rasa ada kekurangan dalam kesihatan diri dan keluarga, boleh la cuba produk kesihatan Shaklee. Mungkin serasi & dapat rasakan keberkesanannya sepertimana ramai pengguna yang lain. Almaklumla, Shaklee pun bukannya calang² jenama. Kalau tak masakan dapat bertahan sejak sekian lama, kann?

Kalau  teringin nak mengusahakan perniagaan sampingan pun boleh. Kami sentiasa mengalu-alukan anda yang ingin menyertai kami. Di bawah cabang kumpulan kami, anda akan menerima tunjuk ajar secara online mahupun secara bersemuka; anda tentukan sendiri!

Aikk.. panjang pulak Madam menulis kali ni. Balas dendam lama tak menulis gamaknya. Cukup dulu sampai di sini. Sehingga lain kali, jaga diri, hiasi peribadi! J

Untuk tempahan dan maklumat promosi, hubungi Madam Supplement:
idanina idris (ID 883664)
Shaklee independent distributor
sms/whatsapp : 019-3649253

No comments:

Post a Comment